Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 28 Januari 2011

Pembuka selera : Gulai Tempoyak Ikan Patin Versi Temerloh

Assalamualaikum...(^ ^)

Ini entri kedua untuk resepi pembuka selera, harap selera kawan² terbukalah kali ni. Ini adalah resepi wajib bagi orang Temerloh, kalau pergi Temerloh kawan² mesti cuba menu ni tau! Memandangkan koi ni orang Temerloh koi nak kongsilah cara membuatnya.

Mohlah nengok!



Bahan-bahan
1-2 dua ekor ikan patin
5 sudu tempoyak (kalau nak kuah pekat, isi lebih)
10 biji cili api
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Sepotong kunyit hidup (kunyit serbuk boleh jugak)
Sepotong halia
2 keping asam gelugor (kalau tempoyak dah masam tak perlu isi)
5 tangkai daun kesom
1 kuntum bunga kantan
2 papan petai (ikut suka, kalau tak suka tak perlu isi)
Sebatang serai
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Air secukupnya

Cara² membuatnya
1. Ikan patin dibasuh dengan asam gelugor untuk hilangkan bau hanyir, kemudian potong ikan mengikut saiz yang disukai.

2. Tumbuk cili api, bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit hidup sehingga lumat. Kemudian serai dititik dalam lesung batu serta petai dipotong kecil dan dibuang kulitnya.

3. Masukkan air secukupnya di dalam periuk bersama bahan yang ditumbuk tadi. Kemudian masukkan ikan patin dan tempoyak, masak dengan api pelahan.

4. Bila telah mendidih masukkan daun kesom, bunga kantan, petai, garam secukup rasa dan serbuk perasa. Jika tidak masam masukkan asam keping.

5. Didihkan selama 5 minit kemudian angkat. (jangan terlalu lama nanti ikan akan hancur) 

6. Sedia dihidang bersama nasi panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com