Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 12 September 2011

perompak durjana

Assalamualaikum...(^ ^)

maaflah kalau tajuk entri kali ni agak keterlaluan...

bukannya apa, Mas dah semakin geram dan sakit hati dengan perompak2 yang bermaharajalela di Salak Tinggi ni! boleh dikatakan hari2 ada saja rumah orang yang kena pecah... tak cukup dengan pecah rumah, getah sekerap orang kampung pun mereka kebas! memang durjana kan?

yang paling Mas geram sangat waktu siang pun mereka berani melakukan kerja2 terkutuk ni... satu hal lagi, mereka ni adalah dari kalangan bangsa kita, bukannya bangsa asing...buat malu jer kan!

kat area rumah Mas ni dah 5 buah rumah yang kena pecah masuk... jadi bila husband Mas pergi kerja dan Mas tinggal dengan anak2 je kat rumah,  memang Mas tak akan buka pintu tingkap pun... tak berani Mas!

jadi untuk memastikan kes pecah rumah ni tak berlaku lagi, penghuni2 di taman Mas ni kenalah berRukun Tetangga... husband Mas pun tak ketinggalanlah! haruslah kan utk memastikan keselamatan anak bini dia... boleh dikatakan 3 atau 4 kali seminggu jugalah husband Mas berjaga sampai pukul 5.30 pagi! 

terima kasih Mas ucapkan kepada semua penghuni Taman Salak Idaman kerana berkerjasama menjaga keamanan dan keselamatan di taman ni...

gambar pinjam google
wahai perompak2 sekalian... ingatlah, sepandai2 tupai melompat akhirnya ke tanah juga... jadi jangan ingat korang akan terlepas!!

10 ulasan:

  1. kasi dia msuk pnjara baru nk insaf. tapi bila kluar, dia cr org yg tngkap dia plk.. huhu

    BalasPadam
  2. bahaya tu..papepn kat rumah mesti ada kayu besbol sbg langkah berjaga2..kt rumah kami pn camtu..sejak kena pecah dulu, semua fobia..sukar nak tidur malam

    BalasPadam
  3. oh kak mas duk salak tinggi ye...kawasan sana mmg banyak rompakan. kawasan rumah guarded tak?? kadang2 if guarded pun security berpakat dengan mat indon. so insecure jugak. hati2 ye kak mas...

    BalasPadam
  4. kna bnykkan rondaan kt kwsn2 mcm ni

    BalasPadam
  5. uish , seram betul. skrg ni dkt mana2 pagi ptg siang mlm ada aje kes merompak nya. takut :/

    BalasPadam
  6. harap2 lepas ada rukun tetangga ni, semuanya akan kembali ok.

    BalasPadam
  7. perompak2 ini yg pastinya akn sntiasa ada.. hmm.. xtau la knp mereka amik jln mudah ni tuk jdikan sumber jln pncarian rzki merreka

    BalasPadam
  8. huk3
    geram kan kak..
    demem ni makin mnjadi2
    ade jek tiap2 hari kes cenggini
    huhuhuhu

    BalasPadam
  9. salam mas...pencuri ni mmg berani pantang jer org x ada di rumah time tu lah die org sibuk nak mencuri...:)

    nasib kws mas ada wat rukun tetangga kalau x ada susah juga...:)

    BalasPadam
  10. Bahayanya..Akak hati hati taw..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com