Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 19 Februari 2011

alamanda je

Assalamualaikum...(^ ^)

dari pagi membawalah ke jam 3.00 petang Mas terperap je kat rumah... husband pulak seawal pagi dah sibuk repair kereta member dia... biasalahkan itulah sumber pendapatan tambahan kami! bila kebosanan melanda tahap gaban, ultraman, spiderman, superman, cicakman, keluangman....(berapa banyak man daaa..)  Mas pun terus ajak husband pergi ronda-ronda kat alamanda je... takpelah kan janji hilang bosan! sampai kat sana biasalah isi perut dulu... pastu  Mas ajak husband pergi karaoke sebab dah lama tak mengsumbangkan suara... 

sekali  Mas tengok apasal lenggang je tempat karaoke ni? korang pun tau kan karaoke alamanda ni kalau weekend sure penuh dengan umat manusia yang rasa diaorang punya bakat menyanyi! kalau nak masuk tu mesti kena amik nombor dulu kan? untuk menghilangkan kemusykilan tu  Mas pun pergilah tengok kertas yang tertampal dekat pintu masuk tu... rupa-rupanya, dah takde dah sistem 1 lagu RM1.50 tu! sekarang diaorg buat sistem ikut jam pulak... maybe itulah sebabnya dah tak ramai orang datang kot! yelah kalau ikut jam ni mahal sikitlah tapi kalau 1 lagu RM1.50 tu semua orang mampu dah boleh pilih berapa banyak lagu yang diaorang nak nyanyi kan... 

apa lagi kami pun batalkanlah niat nak berkaraoke tu... karaoke kat rumah jelah! oleh kerana tak jadi nak mengsumbangkan suara kami pun ronda-ronda sambil Mas yang memang gila posing ni berposing ala-ala maut... jom layanzzzzzzzzzzz

Mas yang gile posing...

husband pun nak enterprem!


dah boring ronda-ronda kat situ Mas ajak husband pergi outdoor photoshot kat taman botani... husband layankan je sebab dia tahu yang darling dia ni gila posing! 

7 ulasan:

  1. en hubby cam malu-malu je!

    BalasPadam
  2. hehehehe...malu tapi mau tu!

    BalasPadam
  3. kak, apsal la nuff akak dok kt tgh2 alam ni..? takleh nk mbace kak.. ajeleu

    BalasPadam
  4. haaa... ye ke??
    b guna hp ke??

    BalasPadam
  5. salam...selamat herjujung minggu mas sekeluarga...abg eq blogger biasa2 je..
    kalaua da kesempatan mmg akan singgah kat blog kwn2...

    BalasPadam
  6. yola kak mas..benda tu mmg dok tgh2..klau nk bc cam kne skodeng je blog akak ni..moh alih jauh2 skit..huhu

    BalasPadam
  7. bb n masz: ye ke si nuff tu dok tgh2?
    aku tanya org lain diaorg ckp tak pun elok je dok kat bwh tu??

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com