Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 21 Februari 2011

bukan panggilan hangit ~

assalamualaikum...(^ ^)

lambat pulak post entri hari ni...
mesti korang semua tertunggu2 entri dari aku kan??
hahahaha...terperasaan lah pulak! macam entri bagus sangat..
alah...tak kisahlah bagus ke tak janji update kan~
aku nak cerita sikit pasal panggilan2 telefon yang tak diundang ni
nak kata panggilan hangit bukan pulak!
rasa2nya korang semua pernah tak dapat panggilan camni?
aku bagi contoh dalam 2 situasi ok...
situasi 1
hello, ni puan masliha ke? 
boleh tak luangkan masa dalam 5-10 minit puan?
no. telefon puan telah dipilih syarikat kami utk menerima
voucher penginapan percuma 3H2M di hotel2 terkemuka
jgn risau tentang byrn krn puan tak dikenakan apa2 byrn
syaratnya puan kena hadir satu taklimat di syarikat kami
haa...nilah situasinye! 
bila aku cakap aku tak berminat dan 
takde masa nak pergi macam2 lah diaorang
akan cakap supaya aku bersetuju nak pergi
siap tanya lagi bila tarikh yang aku betul2 free
dan kalau aku cakap tak pasti lagi 
diaorang akan call lagi  keesokannya pulak
adoi....hangin je kan??
situasi 2
hello puan masliha! kami telah memilih semua pemegang
kad kredit visa atau mastercard untuk menerima 
satu kad privillage secara percuma dari syarikat kami! 
sekarang puan masih memiliki kad kredit di mana2 bank tak?
hehehe...camni pun ada kan??
aku teruslah jawab tak!
skrg saya tak pakai kad kredit dah
semua saya dah terminate... (padahal aku pakai lagi...)
tapi diaorang ni tetap tak puas hati
terus mereka cakap yang nama aku masih aktif
lagi dalam penggunaan kad kredit ni...
eeeeeeeee... memandai je kan?
dari mana ntah diaorang dpt maklumat ni...

moral of the story...
memang aku tak akan pickup call dah
kalau nombor2 yg tak dikenali ni 
cuba membuat panggilan tak hangit ni...

3 ulasan:

  1. inilah yang dinamakan panggilan rentung a.k.a terbakor!!!

    BalasPadam
  2. hati aku ni yg terbako wehhhh!!

    BalasPadam
  3. pernah kena dua-dua situasi..
    pernah layan satu kes.. agree bayar RM570 untuk keahlian voucher.. lepas letak telefon, call bank bagitau kena tipu.. block payment dan terminate card.. dua minggu lepas tu dapat voucher free.. :p

    Entry terbaru padlie: Berakhirnya riwayat bumi

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com