mrs secretary

Sabtu, 5 Februari 2011

homestay janda baik (day 1)

Assalamualaikum...(^ ^)


5 February 2011 (Sabtu)
akhirnya Mas keluar jugak setelah 4 hari hanya menghabiskan cuti di rumah dan di sekitar Selangor sahaja.. sebenarnya perancangan nak pergi ke sini dibuat saat akhir, itupun setelah Mas dah bosan tahap gaban asyik dok di rumah je! setelah berjaya memujuk husband maka kami terus search di google untuk cari nombor telefon chalet untuk ditempah.. almaklumlah kan musim cuti sudah tentu banyak yang penuh! 

setelah menelefon lebih daripada 10 buah chalet akhirnya kami berjaya mendapat chalet yang masih ada bilik kosong.. apa lagi teruslah kami bersetuju dan buat bayaran deposit RM50 untuk pengesahan.. pada sebelah pagi Mas pun packing barang² untuk dibawa.. kami hanya bawak satu beg galas sebab bukannya lama pun, satu hari satu malam je.. bila dah siap tepat jam 12.30 tengahari kami pun gerak dari Salak Tinggi dan tiba pada jam 3.30 petang..

di sinilah tempat penginapan kami, Cantella Astatica Resort
permandangan yang sangat indah

setelah sampai kami pun check in terus dan chalet kami berhadapan dengan tasik.. harga chalet ni untuk satu malam RM145.. di sini juga boleh memancing dan harga untuk satu joran ialah RM30.. bolehlah memancing dari mula kita datang sehinggalah hari kita nak balik, murah kan? kalau nak BBQ pun boleh jugak, peralatan disediakan dan boleh disewa dengan harga RM25.. selain itu kita boleh jugak mandi sungai, yang ini percuma je..


inilah chalet kami, biasa je kan! tapi Mas rasa tak berapa berbaloi dengan harga.. nak buat camne kan, booking lambat! tak kisahlah janji ada tempat nak bermalam.. bila dah siap kemas barang², husband pun dah tak sabar nak pergi memancing.. almaklumlah, kolam pancing pun depan chalet kami aje! apa lagi teruslah buat persiapan dan pasang apa yang patut..

sedang menyiapkan joran sambil dibantu 2 org tukang sibuk

pukul 4.30 petang husband pun dah ada kat tepi kolam pancing.. sambil menunggu joran disambar sang ikan kami anak beranak pun bergambar sakan kat tepi kolam tu.. jom layan gambar dulu ok!


setelah penat bergambar, Mas pun balik ke chalet.. bosan nak tunggu, dah dekat sejam joran masih tak mengena.. husband dan anak² setia menanti di tepi kolam, mana tau mengena ikan besar! sedang Mas asyik berblogwalking and berfacebooking di dalam chalet, terdengar Atikah jerit "mama, dah dapat ikan!" Mas pun apa lagi terus keluar ke tepi kolam.. alhamdullilah, akhirnya mengena!

sabar menanti joran disambar si ikan
hasil tangkapan pertama, ikan kerai seberat 300 gram

lepas dah habis memancing kami pun pergi mandi sungai pulak, anak² pun apa lagi seronoklah sebab dah lama tunggu.. sungai tu cuma terletak kat belakang chalet.. airnya pun tak terlalu dalam, sesuailah untuk bawak anak² mandi! apa lagi berendamlah sepuas²nya kat dalam sungai tapi takdelah lama sangat sebab airnya sejuk sangat! dah agak nak kecut kaki tangan dan menggigil satu badan barulah kami naik dan balik ke chalet.. moh nengok gamborlah, apo laie!


malamnya pulak kami tak pergi mana² pun, keluar makan malam je.. maklumlah badan pun dah penat bersuka-ria di siang hari! balik dari makan anak² terus tidur, Mas pulak sambung update blog dan husband pulak terus sambung semula memancing.. syukur alhamdullilah, nasib baik malam ni.. joran disambar ikan lagi!

hasil tangkapan kedua, ikan lampam seberat 1/2 kilo

itulah cerita hari pertama kami di janda baik ni.. esok Mas update entri di hari yang kedua!

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com