terkini dan sensasi

Selasa, 1 Februari 2011

jom terjah jalan TAR

Assalamualaikum...(^ ^)

ingat tak entri 31 Januari pasal plan jejalan Mas... jadi entri pertama di bulan Februari ni Mas nak cerita pasal plan jalan-jalan tu... Mas dan adik keluar dari rumah pukul 11.00 pagi... Mas pergi naik ERL dari Salak Tinggi ke Bandar Tasik Selatan... pastu naik LRT dari Bandar Tasik Selatan ke Masjid Jamek... pukul 1.00 sampai kat destinasi yang dituju! di mana? 

tadaaaaa... jalan TAR!

sampai saja kat sana berbuah-buah kedai kami terjah dan bermacam-maca jenis shawl yang kami belek... semuanya cantik dan menawan hati... rasa nak borong semua sekali, rambang mata Mas... gila kentang betul! kalau tak pikir bajet memang langsai semuanya...


sambil belek-belek dan pilih-pilih shawl untuk dibeli, sempat jugaklah kami posing maut dengan shawl tu... tak dapat beli pun takpe janji dapat posing kan?


adoyai, inilah barang-barang yang tak dapat Mas beli... nak buat macam mana, bajet tak berapa nak mencukupi... kalau Mas borong jugak, balik jalan kaki pulak Mas nanti! no worry, dua-dua barang ni akan jadi stok belian Mas untuk plan terjah jalan TAR pada bulan Mac nanti... tunggukan kedatangan Mas wahai tudung ros yang comel dan kain siffon yang cantik!


memandangkan kaki dah lenguh jalan sana sini, duit pun dah habis berkoyan shopping sana sini... pukul 4 petang  kami gerak untuk pulang! kalau tunggu lama-lama lagi makin banyak pulak habis duit Mas... hehehehe, sempat jugak kami posing maut kat LRT Masjid Jamek and ERL tu....


hehehehe, inilah hasil belian Mas di sana! 4 helai shawl, 1 helai tudung cinta, 2 helai awning dan tidak ketinggalan jugak 1 helai baju ariqa, sepasang kain cotton swiss dan sepasang sunglasses prada...(cikai punya daa, bukan original pun!) bila dihitung ditolak dan ditambah banyak jugak Mas shopping ek... habislah dalam 1 rat jugak! lastly tak sabar nak melaram dengan shawl-shawl baru!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com