Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 12 Februari 2011

karnival WOW

Assalamualaikum...(^ ^)


mesti semua dah sedia maklum tentang karnival ni kan? disebabkan Mas tak tau nak pergi mana hari ni so Mas pun rajinkan diri pergi ke karnival ni walaupun Mas tak berapa suka tempat yang sesak ni... lagi pun nak buat anak-anak happy je! apa aktiviti yang ada kat sana, jom tengok...

persembahan tarian tradisional oleh murid sekolah putrajaya
comel je diaorang ni...

ada pop kuiz...
Mas pun trylah jawab soalan!
betul pulak tu, dapat hadiah payung je...

bergambar ngan maskot karnival wOw...
ika jer yang berani, arfan takut!!

bergambar ngan kereta-kereta mewah, ferrari dan lamborghini
mahal siot kereta tu, 1 juta ko!
posing jugak kat bot ngan jet ski...

ika pulak nak try permainan ni, bowling botol air...
syarat nak main, kena cari 3 tin aluminium kosong!
meratalah kami cari, nasib baik dia menang...

belon panas!
bolehlah merasa nak naik, dewasa RM10, kanak-kanak RM5..

pertunjukkan bunga api...
best sangat!


last sekali konsert wOw... persembahan artis yg sempat Mas tengok ialah mila AF, ito blues gang, artis indonesia and hujan... yang tak sempat tengok ialah awie, ella, ramli sarip and amy search! rugi sangat, tapi nak buat camne kan, anak-anak dah ngantuk sampai tertidur kat situ... pukul 11.00 malam terus cabut! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com