Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 2 Februari 2011

Pembuka selera : Pengat Pisang Nangka

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa pulak resepi pembuka selera hari ini? Resepi ini adalah warisan tradisi turun temurun arwah mak, jadi Mas nak kongsilah dengan kawan². Manalah tau kawan² nak cuba buat sendiri. Jom kita lihat!


Bahan-bahan
Sesikat pisang nangka
Semangkuk santan pekat
Gula pasir
Gula merah
Air secukupnya

Cara² membuatnya
1. Potong pisang nangka kecil, kemudian masukkan ke dalam periuk. Tambahkan santan pekat dan air.

2. Setelah mengelegak, masukkan gula pasir dan gula merah secukupnya. Rasa kuah pengat itu untuk memastikan ianya tidak terlalu tawar atau terlalu manis.

3. Renehkan pengat di atas api sederhana dan kuah mestilah dikacau untuk memastikan gula pasir dan gula merah tadi hancur sepenuhnya.

4. Setelah puas hati dengan rasanya bolehlah diangkat dan dihidang. Pengat pisang ini sesuai dimakan semasa minum petang. Sedapnya, tambah lagi satu mangkuk!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com