Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 4 Februari 2011

Pembuka selera : Bubur Biji Nangka

Assalamualaikum...(^ ^)

Lagi menu pembuka selera, menu ini memang menu kegemaran Mas. Pastu semestinya ia adalah resepi turun temurun jugak. Jadi marilah pakat cuba ramai², pasti tertawan!


Bahan-bahan
Sekampit tepung pulut
Semangkuk santan pekat
Gula pasir
Gula merah 
Air secukupnya
2 helai daun pandan

Cara² membuatnya
1. Tepung pulut dicampur dengan air secukupnya dan sedikit gula pasir. Uli tepung sehingga menjadi bentuk doh dan pastikan ianya tidak terlalu keras atau terlalu lembik. (lihat gambar 1)

2. Doh tadi akan dibentuk bulat² kecil seperti biji nangka(lihat gambar 2)

Gambar 1

Gambar 2


3. Setelah doh siap, masakkan santan bersama gula pasir dan gula merah. (lihat gambar 3)

Gambar 3


4. Apabila santan telah mendidih masukkan doh bentuk biji nangka tadi ke dalam santan satu persatu. Masukkan jugak 2 helai daun pandan supaya kuahnya berbauh wangi(lihat gambar 4)


Gambar 4


5. Renehkan di atas api perlahan sehingga biji2 nangka tersebut timbul. (lihat gambar 5)

6. Apabila dah timbul bolehlah diangkat dan dihidang, sesuai untuk minum petang bersama keluarga. Sungguh membuka selera gitu!

Gambar 5

1 ulasan:

  1. kak... bubur ni paling Yana suka.... suka-suka pon.. dalam setahun dapat makn 2-3 kali je... hahahaha... betapa malas nak buat...

    tapi Yana panggil bubur ni bubur candil...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com