Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 10 Oktober 2011

sekali sekala imbau memori

Assalamualaikum...(^ ^)

hari ini Mas nak menyingkap memori silam... tiba2 teringat kampung halaman! pastu bila tengok sekarang ni musim hujan terus Mas terkenang kembali peristiwa banjir di kampung Mas dulu2...

rumah Mas di kampung ni memang mudah dilanda banjir kerana lokasinya berhampiran dengan Sungai Pahang... kena pulak hujan tak berhenti2 selama 4 atau 5 hari, confirm cepat air naik! dan yang paling tak dapat Mas lupakan masa banjir besar tahun 1987, masa tu umur Mas baru 8 tahun...

keluarga Mas terpaksa berpindah ke kawasan bukit yang tinggi kerana rumah ditenggelami air! masa tu mana ada lagi pusat2 pemindahan banjir ni jadi terpaksalah berpindah ke kawasan2 bukit yang tinggi... masa tu ada 10 buah keluarga yang berpindah ke situ... sebagai tempat berteduh kaum bapa binalah pondok dari kayu2 hutan... 

yang paling seronoknye dapat masak dan makan ramai2 dan yang tak seronoknya susah nak mandi dan buang air... maklumlah dalam hutan! selepas tahun 1987 sudah tiada banjir besar yang berlaku... kalau ada pun cuma air naik di halaman rumah... tapi pada tahun 2007 berlaku jugaklah banjir yang agak besar... rumah Mas di kampung pun nyaris2 nak ditenggelami air... keliling rumah memang dah penuh air!

ini Mas kongsikan beberapa keping gambar...

dah macam lautan... pagar pun tak nampak
nak keluar ke jalan besar kena naik perahu
tengoklah... lagi sikit air nak masuk dalam rumah
seronok bila imbau kisah silam ni... memori yang tidak dapat dilupakan!

11 ulasan:

  1. kenangan banjir paling trajis...2bijik keta lebur terendam dlm banjir..hukhukhuk~~~

    BalasPadam
  2. a'ah..tahun 1987 mmg teruk banjir kt kelantan pn sama... tpi nina tatau hape sbb msa tu mak umur nina baru beberapa bulan je.. masa tu org pnggil banjir merah, umah nina tggi tpi bygkan air tu leh cecah smpai bumbung..

    msa banjir dlu kanak2 la paling seronok, sbb dpt main banjir..

    BalasPadam
  3. tak pernah merasa banjir lagi, selalu tgk dlm tv aje. kesian mereka..abiss kereta..

    BalasPadam
  4. salam mas...memori tu lah yg selalu bermain difikiran kita bila teringatkn sesuatu tu...

    mama pun ada gak pengalaman banjir masa mama tinggal di Melaka masa tu kn Johor,Melaka banjir teruk tapi nasib baik hanya setakat depan pintu jer x masuk rumah lg kalau x jenuh gak nak membersihkn nyer...

    nak buang air kecik n besarlah jadi masalahnyakn..

    BalasPadam
  5. tingginyerrr air naik kak mas..sini pun dah start hujan hujan tau huhu..moga moga tak banjir la..

    BalasPadam
  6. bila mas kata banjir je dah agak lokasi kat mana. mmg sepanjang sg pahang kat temerloh tu mudah banjir. itu semua kenangan dulu2.

    BalasPadam
  7. kecik2 dulu ada jugak pengalaman banjir ni...da besar ni jarang da banjir kat umah nun..

    BalasPadam
  8. salam,

    TQ singgah arenawafiy.

    Kat mana gambo nie?? Kat johor ke?? Atau utara??

    BalasPadam
  9. hayooooooo
    mang air naik abis niii
    aduhai
    mimi x pnh lagi alami pengalaman gini...

    BalasPadam
  10. wahh ! :D banjir siap boleh naik sampan lagi . hehe, tp kalau banjir yg sshnya bila rumah masuk air. sampai air pasir semua kita kena bersihkan betul2..tp seronok kalau buat bersama keluarga. :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com