Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 22 Mac 2012

Tak akan berputus asa

Assalamualaikum...(^ ^)


Kita tak perlu terlalu cepat berputus asa kan? Kerana tak semua yang kita inginkan akan kita dapat dengan mudah, kadang² ia memerlukan kesabaran dan ketabahan.

Tapi apa yang Mas mahukan memang buatkan Mas makan tak kenyang dan tidur tak lena, kadang² terganggu jugak fikiran. Sampai camtu sekali kan? Bila sampai ke satu tahap Mas macam dah putus asa je. Tapi bila difikirkan kembali Mas rasa sangat bersalah pada Yang Maha Esa, seolah² Mas menidakkan qada dan qadarNya.

Hurmmm, Mas dah terlalu alpa dengan kehendak Mas. Sepatutnya Mas tak boleh terlalu berharap tetapi terus berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Sekarang Mas pujuk diri, hati dan perasaan supaya tidak terlalu cepat untuk berputus asa. Kena redha dan tabah, rezeki dari Allah itu tak akan pernah putus untuk hambaNya.

Cuma lambat dan cepat untuk Dia berikan dan tunaikan. Usaha, doa dan tawakal adalah jalan terbaik, Insya Allah akan dimakbulkan!

10 ulasan:

  1. pokok pangkalnya DUIT je, Doa Usaha, Ikhtiar dan Tawakal

    BalasPadam
  2. saya pun pernah mcm tu jgk..tak dpt apa yg diingankan.kena ingat tak semua yg kita nak akan dpt.tapi tak leh putus asa..usaha dan terima apa yg allah tentukan.kalau tak dpt jgk syukur la dgn apa yg ada dah.semua rezeki daripada allah.selalulah doa pada allah..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...insyaAllah mudah2an semuanya dipermudahkan...:)

    BalasPadam
  4. yang penting kena tabah dan kuat melawan sikap putus asa tu.ape apa pun,kuatkan semangat!

    BalasPadam
  5. @farhan
    itulah kan, kadang2 kita terlalu alpa dengan kehendak sendiri..

    BalasPadam
  6. @maszull
    amin kak! itulah yang saya harapkan..

    BalasPadam
  7. @Azhafizah[フィザ]
    betul tu! kita kena lawan, jangan mudah mengalah..

    BalasPadam
  8. takpe kak, tiap orang ada destiny nya. :) cuma lambat atau cepat je. in the mean time, kita usaha je. :) ok.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com