Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 23 Februari 2011

tak jimat pun ~

Assalamualaikum...(^ ^)

pernah tak korang guna alat penjimatan elektrik?? jenama apa?? beli kat mana?? betul ke boleh menjimatkan bil letrik rumah korang?? ish, banyak pulak soalan cepu emas... aku sebenarnya ada cuba guna alat perjimatan elektrik ni... produk ni aku beli kat Jaya Jusco Taman Equine... masa tu syarikat ni buat promosi kat situ... memandangkan bil letrik rumah aku ni boleh dikategorikan melebihi RM100 setiap bulan, maka kami pun terpengaruhlah untuk membeli alat ini! harganya RM200++... mereka kata bil letrik boleh dijimatkan sehingga 50%, tetapi... indah khabar dari rupa sebenarnya! setelah hampir 4 bulan kami guna alat ni, bil letrik makin meningkat...tak jimat pun!
ini bil sebelum aku guna alat tu

ini pulak selepas dah guna alat tu...
makin bertambah kan??

so...apa lagi? aku pun nekad nak pulangkan semula alat ni... dalam erti kata lain nak tuntut balik duit kami! alhamdullilah pada 18/2/11 encik hubby telah memulangkan semula alat tersebut dengan selamatnya... kami dijanjikan tempoh 3 minggu oleh syarikat tersebut untuk meREFUND kembali duit kami~ hurmm...kita tengoklah nanti ye.. kalau aku tak dapat jugak dalam tempoh 3 minggu, akan ku amuk seantero dunia!! hehehehe... takdelah sampai macam tu kan, aku masih waras!

lepas ni aku tak kisahlah bil letrik aku nak melambung2 tinggi ke tak! yelah kan daripada aku kena tipu camni... moral of the story... jgnlah percaya sgt dgn keberkesanan alat perjimatan elektrik ni~

3 ulasan:

  1. 50% jimat? mmg mustahil..
    selalu 5-10% je.. tu pun tak tau ye ke tak.
    nasib baik dpt refund..

    Entry terbaru padlie: Keletihan lalu berlanggar..

    BalasPadam
  2. padlie,

    tulah...nmpk sgt nak menipu kan??
    memang tak jimat langsung!

    BalasPadam
  3. khalis beli rm400 untuk kedai sbb khalis bukak cc. ada kurang la skit.. tapi dek percaya kata2 membe..khalis cabut jugakk..aduhh..dah rosak,, hmmm

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com