Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 22 Mac 2011

CURANG... salah siapa?

Assalamualaikum...(^ ^)

tiba-tiba Mas terpanggil untuk tulis entri ni setelah 
Mas membaca entri abg Ben berkenaan dengan kenapa lelaki curang?
memang tak dinafikan ada lelaki yang curang sebab
tak tahan dengan sikap isteri yang terlalu queen control, cemburu buta
suka marah2 tak tentu pasal atau kurang beri perhatian pada suami
tak kurang juga ada curang sebab isteri tak pandai jaga makan pakai
tapi bagi Mas semua ini berpokok pangkal pada hati...
kenapa masa tengah hangat bercinta boleh terima kekurangan pasangan
dengan hati terbuka? bila dah berumahtangga semua kekurangan 
nampak di depan mata! so, salah siapa?

Mas nak ceritakan pengalaman lelaki curang yang berlaku ke atas orang yang Mas kenal... si isteri punyalah baik! jaga rumahtangga, jaga makan pakai suami, bukan queen control, bukan kaki cemburu, boleh terima kekurangan si suami tapi si suami tetap juga berlaku curang! bercinta senyap2 di belakang si isteri sejak si isteri hamil anak kedua... akhirnya perbuatan si suami dapat dihidu oleh si isteri setelah usia anak menjangkau 3 tahun! hurmm... lama betul si suami main kayu tiga di belakang si isteri kan? bila si isteri tanya kenapa sanggup buat macam tu si suami hanya jawab entahlah, tak tahu kenapa? Ya Allah! kenapa bodoh sangat boleh jawab macam tu! tapi si isteri tetap sabar dan masih boleh terima dan maafkan si suami jika dia mahu berubah... tapi si suami memang tak bersyukur dapat isteri yang sebegitu sabar! si suami ambil jalan singkat dengan meninggalkan si isteri dan anak2 sebatang kara tanpa memberikan sedikit nafkah pun! bayangkanlah macam mana perasaan si isteri ketika itu! dahlah tak bekerja, macam mana nak menyara dua orang anak yang masih kecil... tapi Mas memang tabik dengan si isteri kerana boleh bersabar dan mampu membesarkan anak2 tanpa mengharapkan si suami yang entah hilang kemana! mungkin anak2 adalah kekuatan si isteri untuk meneruskan kehidupan...

moral of the story...
kadang2 kita tak boleh salahkan isteri 100% atas faktor kecurangan suami... 
baik suami mahupun isteri kena 'give and take' antara satu sama lain
barulah tidak timbul isu siapa salah siapa betul!
tanya diri masing2, adakah kita boleh jadi suami atau isteri yang tidak curang~

12 ulasan:

  1. adah amik kata2 akak sebagai pngajaran untuk adah yg bkl berumah tangga..^__^

    BalasPadam
  2. khalis baru lagi berumah tangga, tak sampai setahun lagik. sangat takut dengan apa orang kata fasa awal dalam mendirikan rumah tangga nie. semoga isteri dan suami baru macam khalis semakin hari semakin sayang..

    hottest entry di blog khalis :
    orang yang tak mempunyai tangan,tetapi hebat

    paku dan budu mat saleh cakap melayu

    kereta polis canggih dari seluruh dunia

    Bekas CD yang menarik dan buat orang jeles

    BalasPadam
  3. entahla...jawapan sy..no komen

    pengalaman org lain x leh dijadikan sempadan kot..itu yg sy boleh kata pasalnya? sbb kita x tau apa yg berlaku dlm rumahtangga org tu..

    mmg dr segi luaran kdg2 kita nampak semua cukup tp mungkin ada kekurangan yg lelaki tu x nak sebut..
    cuma apa yg sy mampu katakan lelaki cuma ada 1 nafsu..

    sebagai isteri jagalah segala2nya sebaik mungkin...

    BalasPadam
  4. syuhadah;
    amik jer...hehehehe
    sharing is caring kan?

    BalasPadam
  5. khalis;
    akak doakan moga rumahtangga awak kekal bahagia hingga ke hujung nyawa
    yang penting give n take!

    BalasPadam
  6. setuju..jgn asyik mencari salah org..tgok diri sendiri dulu..

    anda di tag..boleh...?

    http://aurajarinora.blogspot.com/2011/03/giveaway-reens-diary-giveaway-lahh.html

    BalasPadam
  7. hmmm....akak....2la...pas2 bila da insaf bru laa nak cr bini 2 balik...tp,buat jugak balik...entah ke mn otak dsimpan..d lutut kot..hahahaa....saya pun ada buat entri sal entri abg ben 2...ngeee...

    http://herlyf.blogspot.com/2011/03/aku-serang-ben-ashaari.html

    BalasPadam
  8. rozita;
    mas cuba kongsi cerita dari pengalaman yang dilalui oleh orang lain je..

    mas memang tak pernah alami sebab syukur alhamdullilah dikurniakan suami yang boleh terima kekurangan dan kelebihan mas seadanya...

    terima kasih kerana sudi bagi pendapat...hehehe

    BalasPadam
  9. nora;
    betul tu...kadang2 apa yang kita cakap dan buat tak semestinya betul

    boleh je...tag lah!

    BalasPadam
  10. yanty;
    betul tu...memang ada yang bersikap begitu!

    BalasPadam
  11. salam kenal...thanks sbb sudi jengok & follow blog tilla..keep in touch k..:)

    nway dah follow balik..:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com