terkini dan sensasi

Rabu, 14 Disember 2011

Eratkan hubungan adik beradik

Assalamualaikum...(^ ^)


Ini adik beradik Mas yang dilahirkan dari rahim seorang ibu. Hubungan kami adik beradik memang rapat daripada kecil sehingga dewasa dan sehinggalah sebahagian dari kami telah berumahtangga. Tapi zaman sekarang ni ada jugak Mas tengok adik beradik bergaduh antara satu sama lain dan hubungan antara mereka tidak rapat seolah² bukan adik beradik kandung.

Tentunya kawan² pun ada adik beradik kan, mungkin lebih ramai dari Mas. Jadi bagaimana kawan² nak eratkan hubungan ini agar tidak terputus. Cara Mas camni.

Bertanya khabar
Dengan adik beradik pun kita mesti selalu bertanya khabar. Tak kiranya mereka kakak ke, abang ke atau adik bongsu kita ke. Sekurang²nya sebulan sekali kita telefonlah semua adik beradik kita untuk bertanya khabar. Tak kan tak boleh kot, telefon kekasih hari² boleh je.

Ambik tahu masalah mereka
Kalau ada di antara adik beradik kita ada masalah kita sebagai abang, kakak atau adik sekali pun mesti ambik tahu masalah mereka. Cuba bagi jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah tu. Dengan cara ini adik beradik yang ditimpa masalah itu akan rasa dihargai dan hubungan kasih sayang tu bertambah erat. Jangan asyik nak ambik tahu masalah kawan dan kekasih je.

Bercuti bersama²
Tak semestinya kalau kita dah bersuami dan mempunyai anak kita tak boleh bercuti bersama adik beradik kita. Bagi Mas lagi seronok kalau kita bercuti bersama keluarga dan adik beradik sekali. Nak pulak yang ramai adik beradik, mesti lagi meriah dan bermakna percutian tu. Masa nilah kita boleh berkenalan rapat dengan abang, kakak atau adik ipar kita. Tak kan bila nak bercuti mesti ajak kawan atau kekasih je!

Berkumpul bila hari raya
Ini adalah masa paling sesuai untuk bermaafan sesama adik beradik jika ada buat salah. Bagi kami adik beradik akan cuba sedaya upaya untuk berkumpul 7 beradik bila hari raya walaupun bagi yang dah berkahwin mesti kena balik rumah mertua. Alhamdullilah, kami pasti bertemu bila hari raya.

Hubungan adik beradik tidak akan terputus walaupun kita dah tiada.

14 ulasan:

  1. sangat suka entri kak mas nie. air dicincang takkan putus

    BalasPadam
  2. :) adik beradik saya dah mula sorang2 kahwin. hehe. dah rasa gap dah antara kami. moga lepas ni kita boleh organise, family day ke kan :)

    BalasPadam
  3. air dicincang takkan putus...sesibuk mana pun amik masa utk bersama..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...itu lah yg seelok2nya saling mengambil berat antara satu sama lain dan saling mengeratkan hubungan walaupun duduk berjauhan...:)

    BalasPadam
  5. mari baca kisah farah dan my bff. doakan persahabatan kami kekal selamanya.

    http://coretanharapan.blogspot.com/2011/12/tips-menghadapi-kawan-baik-yang.html

    =)

    BalasPadam
  6. atok ado 6 adik beradik...Alhamdulillah kami memang rapat

    BalasPadam
  7. Hmm memang betul kak hubungan adik beradik kena rapat tak kira evendo kalau dah kawen sekali pon..Tapi kan kak kadang2 isteri/suami adik beradik yang seolah olah nk gab kn hubungan sesama dorang kann.. Tapi tengok jugak lah cara handle macam mana kann :)

    BalasPadam
  8. masa kecik kita tak rasa sgt tau adik beradik... dah besar akrab...

    BalasPadam
  9. paling meriah bila hari raya. tapi kitaorg suka chatting dlm facebook. ada group sendiri yg kak liza create.

    BalasPadam
  10. Seronok jika tengok family bahagia macam ni.. =)

    BalasPadam
  11. kurus nya yg sebelah akk tu.hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com