Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 18 Mac 2011

fiesta hot ballon (part 2)

Assalamualaikum...(^ ^)

hai kawan², masih lagi cerita tentang fiesta belon panas.. pada sebelah petang pula kami nak cuba naik belon panas pulak.. sesi petang dibuka dari jam 6 petang hingga 9 malam! seawal jam 4 petang husband Mas dah beratur nak beli tiket sebab setiap sesi dia buka untuk 300 pengunjung je!



tengoklah punya ramai orang beratur nak beli tiket, padahal masa ni baru jam 4.30 petang!

semasa beratur tu mereka edarkan kupon untuk setiap seorang.. kupon tu akan digunakan semasa nak beli tiket nanti! harga tiket untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5..

posing dulu semasa tunggu kaunter tiket buka..

inilah kuponnya.. 4 untuk kami 4 beranak!

pukul 5.30 petang barulah kaunter tiket dibuka.. huh! penatnya beratur dari jam 4.00 petang..


dah beli tiket kena beratur pulak untuk naik belon!

sambil beratur tengok mereka pasang belon! rumit jugaklah.. memerlukan tenaga kerja yang ramai!

 belon yang sedang dan yang telah siap dipasang..

tapi nasib tidak menyebelahi kami.. sedang menunggu giliran tiba² hujan turun! jadi mereka terpaksa hentikan operasi sebab memang merbahaya kalau naik jika hari hujan.. kecewanya! maklumlah dah penat beratur hampir 2 jam, at last tak dapat naik pulak.. tapi nak buat camne kan faktor cuaca memang tak mengizinkan! so refund baliklah tiket yang dah dibeli tu..


so, kami sempat bergambar jelah dengan belon tu.. ok jugaklah kan walaupun tak dapat naik!


rasanya esok nak cuba nasib lagi! kesian dekat anak², mereka sedih sebab tak dapat naik!

2 ulasan:

  1. alhaiiii..ade himahnyaaa..hujan rahmat :) smoga esk ade rezeki anak2 akak naik belon panasss..hehee

    BalasPadam
  2. alexa yussida;

    tulah...insyallah, esok masih ada kan?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com