Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 11 Mac 2011

jiran oh jiran ~

Assalamualaikum...(^ ^)

Berbaik-baiklah dengan jiran anda...
macam mana jiran sebelah rumah kawan2... ok ke tak?? ataupun memang tak kenal langsung dgn jiran sebelah... kita buat hal kita, dia buat hal dia... lantak lah apa nak jadi! hurmm... ada jugak orang macam ni kan? kata hidup berjiran! kalau macam ni lebih baik tinggal dalam hutan je...

tapi kadang2 tu ada jugak jiran yang terlalu 'busy body'
semua yang kita buat mesti dia nak ambil tahu...
memang bertuahlah dapat jiran macam ni tapi takkanlah 
hal dalam kain pun dia nak tahu jugak... ini dah lebih ni!

macam mana pulak kalau dapat jiran yang tak nak ambil tahu
langsung apa yang berlaku di kawasan perumahan tu...
bayangkanlah rumah sebelah dia kena rompak pun dia tak tahu
adus! memang teruklah jiran macam ni... mmg katak bawah tempurung sungguh

yang lagi teruknya kalau dapat jiran yang tak nak bertegur sapa
langsung dengan kita dan jiran2 yang lain!
kita ni punyalah baik hati bertanya khabar bila bersua
siap senyum kambing sampai ke telinga lagi 
tapi dia buat tak tahu je.... usahkan nak tegur balik senyum pun tak!

siapa pun kita, kaya mana pun kita, besar mana pun pangkat kita, kan bagus kalau kita jadi jiran yang prihatin ibarat cubit peha kiri peha kanan pun terasa! kita kenal dan tahu nama semua jiran2 kita, saling bertegur sapa dan bertanya khabar, peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kawasan kejiranan kita, sentiasa bekerjasama antara satu sama lain dan yang paling penting turut serta dalam setiap aktiviti yang dilakukan di kawasan kejiranan kita tu... macam ni dikatakan semangat kejiranan yang betul! jangan hanya jiran pada nama je...

7 ulasan:

  1. huh..jiran? alahai..
    sy ske brjiran tp sstgh jiran ni ske ambik tau hal org..hal die nk baik2 j..
    last2..'ske ht lah. mind ur own business pls'

    BalasPadam
  2. nasib baik aku dapat jiran yang ok..

    BalasPadam
  3. sofea lang;
    betul tu!
    yg macam ni memang merimaskan..

    BalasPadam
  4. sal saari;
    jiran aku sebelah OK
    sebelah lagi KO

    BalasPadam
  5. saye tak reti berjiran..sbb jirans aye, kadang kite tegur die ok..kadang ktie senyum die boleh wat muke dekk je..:(

    meh ke rumah..
    ~plastic surgery follow up~
    keep in touch ye..♥♥♥

    BalasPadam
  6. alhamdulillah my jiran bagus2...

    BalasPadam
  7. Jiran sy lagi teruk, langsung xhormat orang, ikut suka dia je nk wat pa, bukan sy je yg kena, yg sebelh sana pun sama...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com