Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 25 Mac 2011

mana satu? sms atau call?

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas pasti semua kawan2 ada handphone kan?
jaranglah kita tengok orang tak guna handphone...
kalau tak guna tu mesti handphone dia rosak atau hilang!
so bila guna handphone kawan2 lebih prefer yang mana satu? 
SMS atau CALL??

bagi Mas tengok pada keadaan atau apa yang nak disampaikan... kalau keadaan hari tu mood takde sebab kena marah ngan boss maka Mas akan sms je kat si penerima... malas nak call sebab takut nanti terlepas geram pulak dekat orang yang menerima panggilan tu!

kalau keadaan masa tu hati tengah berbunga2 mestilah prefer call daripada sms kan? sebab excited nak sampaikan berita gembira sambil tergelak2 atau tersenyum2... kalau sms kang mesti si penerima tu tak tahu kita tengah bergembira sakan kan?? 

pastu kalau keadaan masa tu tengah bersedih tahap syahdu syahdan Mas lebih prefer sms je... sebab kalau call mesti menangis teresak2 punya sampai orang yang terima call tu tak tahu apa yang kita nak cakap! asyik dengar kita nangis teresak2 je... so sms jelah macam ni 'aku putus ngan boypren aku, sedih tau! huwaaaaaaaaaa..... mesti orang terima sms tu akan faham kot?

tapi kalau dengan husband, Mas memang lebih prefer call dia
kalau sms buat sakit hati je... bukan dia nak jawab pun atau
kadang2 tu dia balas ok atau orait je...
sms lah panjang lebar sampai 100 patah perkataan pun
aduh! geram betul lah... kadang2 soalan yg kita tanya dalam sms tu
pun dia tak jawab! penat je taip tanya macam2
so lepas dah sms mesti kena call jugak 
baru puas hati kan?? hahahahaha!

8 ulasan:

  1. Call! sbb malas nak taip! hehe :)

    BalasPadam
  2. saya prefer dua-dua.tengok mood jugak.kalau nak cepat atau dengan orang lebih tua saya call.kalau dengan kawan-kawan sms suda :)

    BalasPadam
  3. storyfromme;

    bagus2..tak kan ngan mak pun nak bersms jugak! call lebih hormat kan?

    BalasPadam
  4. Tengok keadaan.. Kalau hal penting call. Kalau takat sembang2 sms je.. ^.^

    BalasPadam
  5. khalis kalau nak mintak hutang kol.. kalau orang mintak bayar hutang sms..hehe

    hottest entry di blog khalis :
    Feel peminat bola sepak sluruh dunia

    Video rakaman pemimpin parti pembangkang

    BalasPadam
  6. hanim;

    ok gak camtu kan? tak kan benda penting pun nak sms gak..

    BalasPadam
  7. khalis;

    hurmmm...pandailah khalis
    akak nak ikutlah cara camni...hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com