mrs secretary

Isnin, 14 Mac 2011

pantau aktiviti anak semasa cuti sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

yeayyyyy!! cuti sekolah datang lagi...
begitulah gembiranya anak2 kita bila musim cuti sekolah
macam2 dah mak ayah planning utk anak2 mereka... terlebih excited pulak!
tapi sebenarnya ada juga ibu bapa yang tak ambil peduli atau tak kesah
dengan apa yang anak2 mereka lakukan!
so, awaslah wahai ibu bapa... pantaulah aktiviti anak2 anda
jauhi mereka dari aktiviti sebegini...

(i) biarkan atau sengaja biarkan mereka mandi-manda atau memancing di tepi2 sungai, lombong atau tasik... aktiviti sebegini sememangnya mengundang bahaya! memanglah seronok tapi dari keseronokan itulah yang membuatkan mereka alpa dan membahayakan nyawa sendiri... biarlah mereka menangis atau merajuk dengan kita kerana dilarang pergi... tapi sanggupkah kita melihat hanya jasad mereka terbujur kaku, menangis pun tak guna dah!

(ii) biarkan mereka bersukaria sambil lepak2 di shopping kompleks, cyber cafe atau pusat2 games... perkara ni memang seringkali berlaku bila cuti sekolah... dari awal pagi hinggalah ke malam hari kita boleh nampak anak2 yang masih dibawah umur melepak di tempat sebegini... bukan mendatangkan apa2 faedah pun, membuang masa dan menghabiskan duit mak bapak adalah!

(iii) biarkan mereka menunggang basikal atau motosikal tanpa arah tujuan... memang banyak aku lihat anak2 kecil buat begini... kadang2 tu kita tak tahu kemana hala tujuan mereka, menunggang basikal/motosikal sesuka hati dan kadangkala dengan aksi2 yang membahaya... bukan sahaja membahayakan nyawa mereka tapi menyusahkan pengguna jalanraya yg lain...

(iv) biarkan mereka berkawan dgn remaja2 dewasa yg boleh mendorong mereka melakukan perkara yg tidak baik... anak2 yg masih dibawah umur ni mudah terpengaruh jadi mereka akan lakukan apa saja yg disuruh oleh remaja2 dewasa... tak mustahil kalau mereka terjebak dgn rokok atau najis dadah!

moral of the story
sebenarnya memang banyak aktiviti yg tidak bermoral dan
semua ni boleh mempengaruhi anak2 kita yang masih mentah...
so luangkanlah sedikit masa untuk anak2 supaya mereka tidak bosan
biarlah kita isi masa cuti sekolah mereka dgn aktiviti yang berfaedah!

4 ulasan:

  1. tapi anak khalis tak sekolah lagik.. huhu.. nnt bile sekolah die mst lepak pusat komputer sbb ayah die bukak pusat komputer..huhuhuu....

    BalasPadam
  2. macam tu lagi bagus khalis..
    boleh pantau 24 jam!

    BalasPadam
  3. KAlau mak ayah bekerja, tugas nak memantau ni mesti lagi mencabar kaaan..huhuhu

    BalasPadam
  4. adialuze;

    betul tu..kena pandai bahagikan masa

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com