Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 21 Mac 2011

patut ke tak?

Assalamualaikum...(^ ^)


balik dari kerja husband bagitau hari ni Arfan terkucil dalam seluar kat sekolah! terkejut beruk jugaklah Mas sebab dah hampir 3 bulan sekolah tak pernah pulak dia buat perangai macam ni... tapi bila dirisik-risik dengan Arfan dan kakaknya, rupanya begini ceritanya...

biasalah hari Isnin mesti ada perhimpunan pagi kan? alkisah masa tengah perhimpunan tu Arfan cakap ngan cikgu dia nak pergi ke tandas untuk buang air kecil... malangnya cikgu dia tak benarkan sebab masa perhimpunan memang tak boleh ke tandas... Arfan cakap dia dah tak tahan, nak terkucil jugak! cikgu masih berkeras tak benarkan... last-last terkucillah dalam seluar!

bila dengar cerita dia, Mas pun naik benganglah... kenapa cikgu boleh bertindak sebegini! apa mereka ingat perkara sebegini boleh ditahan-tahan ke? bayangkanlah Arfan tu baru berusia 5 tahun, sudah tentulah dia tak boleh nak menahan kencing sebegitu lama... orang dah dewasa pun tak mampu nak tahan kencing lama-lama, inikan pulak budak seusia Arfan!

patutnya cikgu lebih prihatin dengan perkara sebegini... bukannya budak-budak sengaja nak buat begitu kan? perkara macam ni boleh difikir dengan fikiran yang waras kan?  mesti kawan-kawan pun rasa yang tindakan cikgu tu memang tak patut...  bukan Mas nak salahkan cikgu tu 100% tapi fikirlah sebelum bertindak!

16 ulasan:

  1. err,camnie nya kes pun ada ke?hehe..macam2..leh kena batu karang woo tahan2 kencing..

    BalasPadam
  2. Dahsyat betul cikgunyerr..kalaulah wani, memang dah lama pergi jumpa cikgu tuh & bagi teguran, tapi bukanlah tengking..hehe betul x?? :) saja nak mengomen, geram jugak kat cikgu tuh..

    BalasPadam
  3. iz;
    tulah pasal...tak sangka ada gak cikgu yg macam tu~

    BalasPadam
  4. nusyaz;
    kalau ikutkan mmg nak pi jumpa gak tapi husband tak bagi...dia maafkan buat kali pertama ni tapi kalau berulang lagi mmg nak kena cikgu tu!

    BalasPadam
  5. cikgupun nak berkeras tak beragak agak.. dah kesian kat Arfan

    latest entry di blog khalis : ustazah silih ganti teman lelaki

    BalasPadam
  6. kalau saya memang confirm pergi jumpa cikgu tu.

    BalasPadam
  7. saket la main tahan2 nie..

    patot gak kot..slow talk dengan cikgu.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum..
    Tq sudi singgah di my homework.
    Biasa le tu bebudak. Tapi ye la cikgunya pun satu hal gak. Entah dia pun duk tahan jugak kut. hehehehe

    BalasPadam
  9. khalis;
    hurm...mmg sian kat dia~

    BalasPadam
  10. adzriel;
    akak mmg nak jumpa tapi husband tak bagi so xpelah...maafkan jelah

    BalasPadam
  11. syafa;
    xpelah...maafkan jelah cikgu tu!

    BalasPadam
  12. kak sam;
    most welcome..
    tulah..ngan budak pun nak buat camtu

    BalasPadam
  13. ohh xpatut xpatut ! huhu .

    BalasPadam
  14. two_dots;
    memang tak patut kan?

    BalasPadam
  15. cikpuanhady;
    tulah..strict pasal pelajaran takpelah kan?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com