Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 7 Mac 2011

senyum dan ucapan terima kasih ~

Assalamualaikum...(^ ^)

senyum itu satu sedekah dan melambangkan keikhlasan
ucapan terima kasih itu satu penghargaan atau penghormatan
tapi sesetengah orang tak suka nak lakukan kedua2 perkara ni... 
susah ke nak lemparkan senyuman dan lafazkan ucapan terima kasih?

antara situasi yang kerap aku alami berhubung perkara ini 
ialah semasa membuat bayaran tol... 
padahal pada booth tol tu dah terpampang perkataan 
"saya akan senyum dan ucapkan terima kasih"
adakah slogan itu sekadar hiasan ataupun ditujukan kpd pengguna2 jalanraya
macam aku, kebiasaannya aku yg akan senyum 
dan ucapkan terima kasih pada jurutol tu... 
tapi selalunya senyuman dan ucapan aku tu dibalas 
dengan memek muka yang kurang menyenangkan... 
memanglah tak salah aku yang mulakan dulu tapi 
apalah salahnya kalau dia senyum kembali dan lafazkan ucapan 'sama-sama'
kan itu lebih manis dan mesra! 
rasanya banyak kempen2 yang mengalakkan kita 
sentiasa senyum dan ucapkan terima kasih di antara satu sama lain
jadi kawan2 marilah kita jadikan
senyuman dan ucapan terima kasih itu satu amalan yang wajib kita lakukan


*sumber gambar : dari google

6 ulasan:

  1. putihnyer gigi dier. Senyum dapat pahala.

    BalasPadam
  2. senyum seindah suria.. yang membawa cahaya.. lalalalalala... =)

    Jom terjah:
    Ada Bran???

    BalasPadam
  3. khalis bila mula2 bukk kedai mmg senyum..tapi bile dah petang masam skit.. dah malam tambah penat dah cam takde mood..rasa bersalah sangat.. sbb khalis memerlukan duit diorang..nampaknye kene controlla panas hati nie.. hehee

    BalasPadam
  4. hanim;
    saya pun suka lagu tu..sweet je!

    BalasPadam
  5. khalis;
    cubalah senyum seikhlas yang mungkin
    mesti ia akan mengatasi sikap panas hati tu...hehehe~

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com