Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 3 April 2011

ABPBH 2010, menarik atau membosankan?

Assalamualaikum...(^ ^)



Selamat pagi kawan², semoga hari ini menjanji kegembiraan dan kesejahteraan buat kita semua. Sebentar lagi jam 11 pagi Mas akan menuju ke puncak Genting Highlands untuk menyaksikan ABPBH 2010 secara live. Memang rasa teruja sangat, almaklumlah kali pertama. Tak sabar nak jumpa artis² pujaan terutamanya Rosyam Nor, nak bergambar dengan dia sampai lebam.


Walaupun Mas teruja sebab pertama kali menonton secara live anugerah berprestij sebegini tapi sebenarnya Mas nak nilai sendiri apakah perbezaan menonton secara live dan menonton melalui kaca TV. Adakah apa yang dilihat di kaca TV sama dengan yang dilihat secara live? Masa ni jugak kita boleh tahu artis mana yang peramah dan sombong bila diajak bergambar. Artis ni kadang kita tengok kat kaca TV macam ok tapi bila dah berhadapan dengan peminat bukan main berlagaknya. Moga ABPBH kali ni menjanjikan persembahan yang menarik dan tidak membosankan! Diharapkan gandingan pengacara iaitu Raja Azura, Sharifah Shahirah dan Zizan dapat mengamatkan suasana. Maklumlah mereka terkenal dengan lawak jenaka yang spontan.

Mas nak siap² ni, nanti lambat pulak. Kita nantikan saja siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2010, moga artis yang dinobatkan tu benar² layak!

8 ulasan:

  1. syoknye dpt tgk live..hrp2 best la ABPBH kali ni :)

    BalasPadam
  2. ila;
    hehehe...1st time tgk live ni!
    mmg mengharapkan yg terbaik dari ABP

    BalasPadam
  3. Amboiiiii dpt gi genting nengok live artis pujaan... Selamat enjoy..

    BalasPadam
  4. mamawana;
    hehehehe...terima kasih, akan enjoy sepuasnya!

    BalasPadam
  5. lega
    sbb aku dh boleh baca blog ko kak!

    BalasPadam
  6. Ja;
    apasal? sebelum ni tak boleh baca ke?

    BalasPadam
  7. x boleh la kak
    sbb ader ikon yg pc aku x support
    kalau baca pon
    yg atas² jer

    BalasPadam
  8. Ja;
    oooo ye ke?
    so skrg dah boleh lah?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com