Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 18 April 2011

bila kemaruk nak jadi penyanyi... bakat atau populariti?

Assalamualaikum...(^ ^)

semua orang boleh menyanyi... pergi pusat karaoke, pastu melalaklah dekat situ sejam atau 2 jam! bukan ada siapa yang tengok dan dengar pun, kalau ada yang dengar pun kawan2 je... lantaklah kan kawan kita! tapi bagaimana pula kalau dah sememangnya kita takde bakat menyanyi tapi kemaruk juga nak jadi penyanyi? rasanya mereka ni sekadar nak kejar populariti!
boleh dilihat sekarang samada di Astro atau Media Prima menganjurkan program mencari penyanyi... contohnya program Akademi Fantasia dan Mentor! Mas dah mengikuti Akademi Fantasia selama 2 minggu tapi bila masuk minggu ke-3 pada Sabtu lepas memang takde nafsu nak tengok program ni! pada pandangan Mas setiap peserta yang terpilih memang takde langsung yang berbakat... setakat boleh menyanyi saja! 

dua minggu Mas saksikan konsert AF dan dengar mereka menyanyi tapi menghampakan! tidak seperti AF2 dan AF3 kebanyakkan pesertanya memang berbakat... adakah disebabkan ini merupakan program terakhir AF maka penganjur tak kisah peserta berbakat atau tidak? atau semua orang kemaruk nak jadi penyanyi dan nak kejar populariti sahaja? 

bagi program Mentor pula, Mas rasa Salma sahaja yang berbakat menyanyi! peserta yang lain bagi Mas sekadar menumpang populariti mentor mereka sahaja... cuba tengok Dato' Siti Nurhaliza! Mas bukanlah peminat setia dia tapi Mas sangat mengagumi bakat menyanyi dia... dia hanya bermula dengan memenangi Bintang RTM tapi sekarang dah jadi penyanyi nombor 1 negara! dia berjaya dengan bakat atau sekadar kejar populariti? kita nilai sendiri jelah...

12 ulasan:

  1. kita yang tengok ni lak ase malu tengOk audition...tambah2 audition mentor ari 2...hmm..bdk2 af9 lak mmg sekadar bley nyanyi je...yang betOi2 berbakat cuma sorg dua je...mhampakan!

    BalasPadam
  2. ala biasela...sikit2 nak jadi penyanyi..tapi tak ramai nak berebut nak jadi pendakwah..yela kalau jadi penyanyi kan femes...

    BalasPadam
  3. @munirAh jOhAri
    hurmmm...betul tu!
    sanggup malukan diri sendiri kerana nak jadi penyanyi je..

    BalasPadam
  4. @faisal apardi
    setuju dgn awak!
    semua berebut2 nak jadi penyanyi..

    BalasPadam
  5. stuju..
    suka tgk time audition..

    BalasPadam
  6. @Gimi
    terima kasih!
    macam2 karenah kan bila time audition tu...ada yg sanggup malukan diri sendiri..

    BalasPadam
  7. mas...lumrah dunia hiburan,tak lyn sgt af kalini..bosan..tp suka dan still igt af1,2,3,4..

    BalasPadam
  8. Khalis jarang layan af..dah 3 af tak tengok..tapi kali ni tengok sebab nak gelak kuat2..tapi harap2 hazama dapat masuk..hehe

    BalasPadam
  9. @mama tims
    memang sgt bosan!
    Mas pun suka AF yg dulu2 especially time zahid tu..

    BalasPadam
  10. @mykhalis
    agak pun jarang gak tgk..
    tapi yg tengok betul2 masa time zahid dan mawi je.. best!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com