Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 22 April 2011

cubalah jangan pentingkan diri sendiri!

Assalamualaikum...(^ ^)

kejadian pecah rumah di kawasan perumahan Mas ni memang semakin menjadi... kalau takde orang berkawal memang dengan beraninya perompak tu datang! jadi penduduk di sini terpaksa tubuhkan rukun tetangga untuk berkawal 24 jam... tapi apa yang mengecewakan bukanlah semua penduduk mahu berikan kerjasama! ada sesetengah tu main lepas tangan dan berharap pada orang lain sahaja...

boleh dikatakan sebulan sekali buat mesyuarat... jadual bertugas pun dah buat tapi tetap sama! hanya penduduk2 yang benar2 prihatin sahaja yang sanggup berkawal siang dan malam demi menjaga keselamatan penduduk dan rumah masing2...


yang paling Mas sakit hati dengan jiran sebelah rumah Mas... memang hanya pentingkan diri sendiri sahaja! dek kerana tak mahu berkawal siang malam dia sanggup tak balik ke rumahnya! hari2 asyik telefon husband Mas suruh tengokkan rumah dia... eh? banyak cantik muka kau, ingat kami ni GUARD ke? nak kena tengokkan rumah awak tiap2 hari! geram betul Mas!!

beginilah sikap orang yang pentingkan diri sendiri sampai sanggup tinggalkan rumah semata2 tak nak terlibat dengan rukun tetangga... sepatutnya perkara yang melibatkan keselamatan rumah kita sendiri mestilah kita ambil berat! janganlah perkara sebegini dipandang remeh dan hanya mengharapkan orang lain... nanti suatu hari penduduk lain pulaukan kamu baru tau langit tu tinggi ke rendah!

10 ulasan:

  1. sabar kak.... mungkin boleh dibincang dalam next meeting rukun tetangga...

    BalasPadam
  2. jiran mOon lak sOmbOng...sama2 bujang pmpn...pas2 suka bukak n ttp pintu kuat...opssss...TERngumpat lak...

    BalasPadam
  3. @Pembawa_Wacana
    dah byk kali bersabar ni...
    masalahnya meeting pun dia tak pernah attend...camne tu?

    BalasPadam
  4. @mOon jOhari
    sebenarnya bukan kita sengaja nak mengumpat tapi orang macam ni mmg tak pernah sedar diri!

    BalasPadam
  5. hidup ni kena ada kerjasama. tapi apa yg jiran mas buat tu mmg tak patutlah. kalau sekali sekala dia outstation then minta tlg tengokkan rumah xpelah.

    BalasPadam
  6. kita bakorrr kata usop wilcha hahaa thanks sis untuk segmen di blog pinky momma :) i love u awwww ok naz dia bini orang hahaha thanks, kirim salam kat abang ya :)

    BalasPadam
  7. ada gak yang macam tue yerk.. nanti kalau dorang yang kena.. takde siapa yang nak bantu, bru nak sedar kot ..

    Jom terjah Entri baru !!
    AWAS : Bahana Lagu Terbaru Lady Gaga !!

    BalasPadam
  8. @Elle Elyssa
    tulah...
    tapi masalahnya dia bukan outstation pun tapi dia dok kat rumah mak dia!

    BalasPadam
  9. @naz
    hehehehe...mmg rasa nak bakor je!
    sama2...pinangan dari seorang kakak je! naz mmg terbaik!

    BalasPadam
  10. @Biey
    tulah, Mas pun pelik...ada jugak orang yang bersifat begitu!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com