mrs secretary

Sabtu, 16 April 2011

Genap 8 tahun | 16/4/2003 hingga 16/4/2011

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, hari ini genaplah 8 tahun Mas berkhidmat sebagai seorang penjawat awam. Sehingga ke hari ini Mas masih setia di Kementerian Kesihatan Malaysia sejak Mas dilantik pada 16 April 2003. Masih belum terfikir lagi nak bertukar ke mana² Kementerian lain. Sayang nak tinggalkan bos Mas sekarang yang sangat baik hati, sayang nak tinggalkan kawan² dan sayang nak tinggalkan suasana kerja di sini.


Apa yang paling mengembirakan Mas sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam ni apabila pihak JPA telah tambahbaik skim perkhidmatan Mas ke Gred N27, setimpallah dengan Mas yang memiliki diploma. Kalau dahulu Mas hanya Gred N17 walaupun ada diploma, itulah berkat Mas berkhidmat dengan jujur dan amanah maka dapat balasan yang baik.

Satu perkara lagi yang mengembirakan Mas apabila tahun 2007 Mas menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Walaupun orang lain beranggapan biasalah dapat APC, semua orang boleh dapat. Tapi bagi Mas ianya satu perhargaan kepada perkhidmatan kita. Kalau kita berkhidmat dengan jujur, ikhlas, amanah dan cemerlang kita memang berhak dapat kan? Anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk Mas membuktikan yang Mas seorang pekerja yang cemerlang.

Dugaan dan cabaran sebagai penjawat awam memang banyak, ramai orang luar beranggapan penjawat awam ni suka curi tulang dan tak amanah. Tapi kita jangan mudah melatah dengan tanggapan mereka. Kita mesti buktikan yang tanggapan mereka salah dan bekerja dengan lebih jujur, cekap dan amanah. Jaga nama baik kita dan nama baik organisasi, itu yang lebih penting!

24 ulasan:

  1. wahhh tahniah kak mas !!! =)

    BalasPadam
  2. Tahniah :)..sepatutnya penjawat awam yg lain ikut cth mcam awak

    BalasPadam
  3. @Tihara
    terima kasih!
    itulah tugas kita, kena bagi contoh yang terbaik..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dan tahniah kak...
    kerja gomen ni terjamin sikit masa depan...
    mak sy selalu pesan, kalo bole dapatkan kerja gomen...
    mulut orang tu biasalah kak, kita tak bole nak tutup...
    yang penting kita tahu apa tugas dan tanggugnjawab yang diamanahkan pada kita...




    http://solomolo.blogspot.com/2011/04/segmen-solomolo-filem-tempatan-terbaek.html

    BalasPadam
  5. @solo molo
    terima kasih...
    bila dah kerja baru tau mmg terjamin!
    dulu akak pun tak nak kerja gomen, gaji ciput..nak kerja swasta gaji mahal...

    tapi bila dah kerja baru kita tahu kelebihan kerja gomen sebenarnya..
    apa orang nak kata biarlah janji kita kerja ikhlas utk cari rezeki halal!

    BalasPadam
  6. tahniah..doket la kiter..sue kat kpm e12...huhuhuhu

    BalasPadam
  7. 8 tahun, lame tu akak bertahan, =)
    abaikan aje kak mulut2 orang macam tu, tak ke mana pon dorang tu nanti, hehe =)

    BalasPadam
  8. @syawalsimpsons
    ooo ye ke?
    dekat je tu..kalau ada terserempak tu tegur2lah! hehehehee

    BalasPadam
  9. @kAmi dAn mEreKa!!
    kena bertahan demi kerjaya dan rezeki
    mmg tak kisah mulut org ni..janji kita kerja secara halal kan?

    BalasPadam
  10. semoga awq terus happy bekerja!

    BalasPadam
  11. @GadisGula-gula
    happy sangat...
    cari rezeki utk anak2!

    BalasPadam
  12. muka sis ni mcm familiar lah hehe

    BalasPadam
  13. happy anibesari kak mas....

    BalasPadam
  14. Tahniah Mas...
    Selamat bekerja :)

    BalasPadam
  15. @Qaseh dalia adelia
    ye ke?
    agak2 kita pernah terserempak kot?

    BalasPadam
  16. @encikReza
    thank you!
    kita samakan genap 8 thn!

    BalasPadam
  17. @4 Kay-E
    terima kasih!
    kerja selagi mampu..

    BalasPadam
  18. tahniah kak mas..

    selamat bekerja..


    ^_____^v

    BalasPadam
  19. Betul mas! sama2 kita buktikan bahawa pejawat awam mampu buat lebih baik

    BalasPadam
  20. @Awie Omar
    betul tu...
    penjawat awam tetap terbaik!

    BalasPadam
  21. la ...mas di kkm ke??
    PA sape??

    BalasPadam
  22. @Cik Ayu
    haah...PA kat KKM!
    PA TSUB Sumber Manusia, BSM!

    PA kat KKM jugak ke?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com