Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 10 April 2011

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara!

Assalamualaikum...(^ ^)

pada ketika ini kita mampu berdiri, berjalan dan berlari kerana kita masih sihat! tapi jangan lupa jaga kesihatan dan jaga pemakanan kerana sakit itu pasti akan datang jika kita alpa untuk menjaga kesihatan!

pada ketika ini kita masih muda dan cantik! tapi kecantikan itu perlulah seimbang dari segi lahiriah dan batiniah... kerana muda itu hanya seketika, tua pasti datang jua!

pada ketika ini kita mempunyai banyak harta, kita mampu membeli apa sahaja dan wang kita tak terkira banyaknya... tapi kita jangan lupa membantu mereka yang memerlukan dengan seikhlas hati kerana kekayaan itu hanya harta dunia! kalau kita tidak beringat suatu hari kita akan jatuh miskin.... macam mana??


pada ketika ini kita hidup di dunia yang luas dan lapang... manfaatkan hidup kita dengan sebaik-baiknya! jangan terlalu taksub dengan urusan dunia sehingga lupa tanggungjawab kita kepada Yang Maha Esa... beringatlah kerana pasti akan sampai masanya kita berada di liang lahad yang sempit

pada ketika ini kita masih bernafas dan hidup di muka bumi Allah ini... jangan sia-siakan hidup kita! jalanilah kehidupan ini dengan gembira dan sentiasa bersyukur kepadaNya kerana masih dipanjangkan umur... tetapi jangan lupa mengingati mati kerana mati itu sesuatu yang pasti!

Mas sekadar berkongsi dan samalah kita saling ingat mengingati...
ingatlah lima perkara sebelum lima perkara!

4 ulasan:

  1. terima kasih kerana saling mengingatkan..ada kala kita lupa.. khalis yg lupa..tapi sll ingat bila sakit..masa tue baru nysal..huu

    BalasPadam
  2. anis;
    terima kasih!
    sekadar berkongsi perkara yang baik!

    BalasPadam
  3. khalis;
    sama2, kita manusia ni mmg kena saling ingat mengingati!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com