Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 21 April 2011

kahwin di usia muda... bolehkah bahagia?

Assalamualaikum...(^ ^)

zaman sekarang kahwin muda dah menjadi satu trend kembali... kalau zaman dulu2 memang ibu bapa kita berkahwin pada usia muda tapi tetap berkekalan hingga ke akhir hayat! tapi pada zaman sekarang jika berkahwin pada usia muda bolehkah seseorang itu bahagia selamanya? boleh sebenarnya... Mas pun berkahwin pada usia yang muda iaitu 23 tahun, tapi perkahwinan Mas masih bertahan sehingga ke hari ini!


yang paling utama adalah kita bersikap matang dalam perhubungan! jangan dek kerana usia yang muda kita anggap diri kita belum matang dalam membuat apa2 keputusan untuk kebaikan rumahtangga... jika suami memahami kehendak isteri dan isteri memahami kehendak suami... maka akan indah dan bahagialah perkahwinan itu!  letakkan juga matlamat utama kita berkahwin di usia muda itu... adakah kita berkahwin kerana tuntutan hawa nafsu atau dek desakan ibu bapa? jika matlamat kita di landasan yang benar sudah tentu kebahagiaan berada di dalam gengaman kita... 

apa pun jua, segalanya terpulang kepada pasangan itu bagaimana nak mencorakkan perkahwinan mereka... jika inginkan corak yang cantik maka cantiklah tapi jika inginkan corak yang buruk maka buruklah jadinya! toleransi dan kerjasama dalam perhubungan itu yang penting... jangan jadikan usia itu sebagai penghalang untuk anda bahagia!

...usia bukanlah formula utama dalam perkahwinan yang berjaya tetapi keinginan dan keupayaan melayari mahligai dan kehidupan yang dibina dengan matang dan penuh bertanggungjawab... jangan berkahwin hanya kerana nafsu dan desakan cinta tetapi kerana sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan... yang pastinya, masing-masing baik lelaki atau perempuan perlu ada nilai dan peranan untuk menjamin kebahagiaan berumahtangga!

20 ulasan:

  1. boleh je bahagia.. contohnya ramai.. ada juga akwan yg kawin muda bahagia sehingga sekarang..memang betul kita perlu ada semua sifat yg telah awak nyatakan itu..:)

    BalasPadam
  2. @Farah Shamsudin
    kan? mesti boleh punya!
    pokok pangkal terpulang pada hati..

    BalasPadam
  3. sebelum membuat keputusan yang besar baik istikharah dahulu

    BalasPadam
  4. @Fitri Senin
    betul tu!
    insyAllah dapat petunjuk..

    BalasPadam
  5. salam , singgah berGEGAR berapa skala rector td tu...

    Alhamdulillah akak pun turut berbangga bila berkahwin muda...yg penting niat dan keikhlasan dan tahu konsep berumah tangga mengikut syari'at Islam.

    @ [mamaDiana]

    BalasPadam
  6. x kira la muda atau berusia pasangan tersebut, yang paling penting ilmu dan peribadi nakhoda yang bakal mengemudi bahtera rmhtangga...waaa...ayat putaQ gitu!




    jOm kOmen kat tentangboolan.blogspot jOm!

    BalasPadam
  7. @[p@kcikLie] : [ mamaDiana]
    terima kasih sudi singgah!

    betul tu...apa2 bergantung pada niat!

    BalasPadam
  8. tips akak adah amik buat panduan adah..sebab umur adah baru masuk 20 tahun..dan bakal mendirikan rumah tangga dalam beberapa bulan je lagi..sangat penting info nie..sebab darah muda cepat mendidih..banyak kesabaran..^_^

    BalasPadam
  9. @mOon jOhari
    hehehehe...itulah peranan nakhoda tu, kena pandai mengemudi!

    BalasPadam
  10. @Syuhadah Razali
    terima kasih sudi jadikan ini sebagai panduan..akak sekadar berkongsi!

    akak doakan semoga adah selamat menempuh gerbang perkahwinan... apa yang penting sentiasalah bertolak ansur dan saling mempercayai!

    akak doakan adah bahagia hingga ke akhir hayat!

    BalasPadam
  11. khalis setuju dengan kahwn muda..tapi jangan jadikan alasan nak elakkan zina sebagai sebab dan alasan nak kahwin sebab seks..semua ini takkan kekal.. dalam berkahwin ianya lebih dari hubungan atas katil..ilmu di dada..iman..semua kena periksa dulu

    BalasPadam
  12. thanks kak mas...
    apa-apa pun betul kata kak mas,niat kita nak kahwin tu kena baik.insyaAllah Allah permudahkan urusan kita.

    BalasPadam
  13. @mykhalis
    wah!! penyokong kuat ni..hehehe

    kalau jadikan semua itu sebagai alasan memang tak akan kekal lama usia perkahwinan itu.. niat tu kena ikhlas!

    BalasPadam
  14. @Mira Amirudin
    ok sama2..sekadar berkongsi!
    selain berniat baik ianya kenalah ikhlas kerana Allah..mesti bahagia!

    BalasPadam
  15. jnji matang dalam berfikir..kalau usia dh tua tp fikiran x matang..hurmm ke laut nampaknye ;p

    usia just a number..cehh ckp omputih di petang ari ;p

    BalasPadam
  16. betul kak, kematangan bukan dikira ikut umur..

    BalasPadam
  17. @♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥
    betul pinky...
    kadang2 yg dah berumur pun tak boleh berfikiran matang!

    BalasPadam
  18. @Cik Cempaka
    ya betul tu!
    kematangan dikira dari cara kita berfikir...

    BalasPadam
  19. okeh, pasni nak cakap dengan parents.. "mak abah, tea nak kahwin.." hiks.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com