Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 5 April 2011

kawal perasaan MARAH tu!

Assalamualaikum...(^ ^)

selamat pagi kawan2 semua! hari ini Mas kembali bekerja setelah bersuka ria di puncak Genting Highlands sambil berbekalkan gambar artis2 di ABPBH 2010! sape2 yang belum tengok gambar artis2 kesayangan tu silalah tengok entri ini dan sini... 

sebenarnya Mas rasa sangat sedih apabila mendengar berita mengenai guru belasah murid hingga mati yang hangat diperkatakan di dalam akhbar, TV dan radio... manusia sebegini memang berhati iblis dan patut dihukum bunuh sahaja! sepatutnya sebagai seorang guru, dia kena kawal perasaan marahnya dan jangan bertindak membuta tuli tanpa memikirkan akibatnya! kerana ikutkan perasaan marah yang membuak-buak dia sanggup memukul dan membelasah muridnya yang baru berusia 7 tahun! walaupun murid tersebut ada membuat kesalahan tapi wajarkah dia diperlakukan sedemikian? astaghfirullahalazim... mengalir airmata Mas mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut, terkenangkan anak2 Mas di sekolah! 

Mas terfikir kenapa guru tersebut sanggup bertindak sedemikian padahal dia seorang ustaz! seharusnya dia menjaga keselamatan anak muridnya bukannya bertindak kejam dan zalim seperti itu... beginilah manusia bila perasaan marah menguasai diri, terus bertindak mengikut hati dan perasaan tanpa berfikir panjang! iman yang penuh di dada pun boleh goyah dek perasaan marah... bak kata perpatah "ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa, ikutkan marah parah!"


Hasan al-Basri pernah berkata 
"Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya drp syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka (iaitu) sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan. Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan"

8 ulasan:

  1. betul2..xelok marah2 ni. ;) nanti cepat tua.betul tak kak mas?

    BalasPadam
  2. mira;
    betul tu! bukan setakat tua je tapi rupa pun jadi buruk!

    BalasPadam
  3. sedih bc kisah adik 2... dlm mendidik mmg kena byk tanamkan sabar... kalau x sabar mmg hmmm......

    BalasPadam
  4. patut dh kena tkr akta kesalahan dh kan..

    BalasPadam
  5. ticer wann;
    tulah..ibu bapa harapkan cikgu tapi cikgu pulak bertindak sedemikian! terlampau ikut perasaan marah camtulah jadinya...

    BalasPadam
  6. fitri;
    mmg patut pun...hukum gantung je!

    BalasPadam
  7. kesian kat family budak tu.ingat kalau hantar nak pegi sekolah boleh jadikan anak pandai,berjaya.tapi tak sangka anak boleh mati sebab pegi sekolah.

    BalasPadam
  8. fad;
    betul tu...akak pun terasa takut gak bila dah jadi camni! terfikir gak anak2 akak kat sekolah tu...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com