Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 15 April 2011

kenapa berbohong... terus terang lagi baik!

Assalamualaikum...(^ ^)

masa zaman kanak2 dulu, Mas pernah juga cakap bohong dengan arwah mak dan abah... bukan sengaja nak berbohong sebenarnya tapi takut kena marah je! tapi bila mereka tahu kita berbohong memang siaplah kena rotan di tapak tangan! pandai berbohong kenalah tanggung akibatnya... bila dah kena baru nak rasa bersalah!

sebenarnya kenapa kita perlu berbohong? kalau berterus terang kan lebih baik... kita tak rasa bersalah dan orang yang dibohongi itu tak rasa sakit hati! sebagai contoh kita lihat anak-anak kita, kenapa mereka bercakap bohong dengan kita? takut kena marah... itulah faktor utamanya! bila berterus terang tentang kesalahan yang dilakukan terus teruk kena marah, jadi lebih baik berbohong... apa kata sebagai ibubapa dengarlah dulu penjelasan mereka janganlah nak melenting je! 


tapi adakalanya juga seseorang yang berbohong ni sebab nak lepaskan diri... sebagai contoh si suami berbohong dengan si isteri! nak pergi memancing sebenarnya tapi cakap ngan isteri ada kenduri kat rumah kawan! si isteri pulak percaya 100%, jadi lepaslah si suami nak pergi memancing... kalau si suami cakap terus terang mesti tak dapat pergi punya sebab si isteri memang tak benarkan! 

jika dilihat dari dua situasi ni sebenarnya tak perlulah berbohong... kalau si anak dah lakukan kesalahan dia kenalah mengaku kesalahannya! dah buat salah mestilah kena marah kan? ibubapa pula perlu bijak menghukum, jangalah marah membabi buta... beri nasihat dengan baik, jadi si anak pasti takkan berbohong lagi! kalau si suami pula, jika nak pergi kemana2 apa salahnya cakap terus terang kemana tujuan sebenar... jika cakap baik2 dan pandai pujuk si isteri pasti dia benarkan! perempuan ni kan hatinya cepat lembut... tak perlulah berbohong, terus terang lagi baik tau!

10 ulasan:

  1. Yup. Thats true kak. (: So far my mom and dad sangat open minded so kami tak tipu apa pun sbb mak sangat good instinct. Sebelum tipu and she find out baik terus terang. SUKA ENTRY ni. (:

    BalasPadam
  2. @Zanna Orked
    terima kasih kerana suka entri ni!

    betul tu...sebagai anak kenalah terus terang ngan parents dlm segala hal!

    BalasPadam
  3. untuk tidak berbohong memerlukan kekuatan mental..khalis sendiri bila nak cakap betul benda yg rasa kita wat tue salah memang rasa nak menipu jee

    BalasPadam
  4. @mykhalis
    memang betul tu...
    tapi kalau kita dah selalu sangat berbohong akan jadi habit! tu lagi bahaya!

    BalasPadam
  5. dorang nie suke bohong sunat je.
    ehehe :P

    BalasPadam
  6. kadang2 bohong sebab terpaksa...huhu

    BalasPadam
  7. @Opah Kentang
    mmg boleh bohong sunat...tapi tak boleh amalkan selalu nanti jadi bohong betul!

    BalasPadam
  8. @umUMRA
    kadang2 begitulah...
    tapi cubalah elakkan!

    BalasPadam
  9. mas..betul cakap mas tu. bila baca entry ni saya terasa lah. hahah...ye lahh...

    saya byk bohong dgn ma pa juga. sbnrnya hal remeh je tp malas bila ma n pa soal byk2...so sy prefer sorokkan sesuatu. tp sbnrnya x elok kan :) dosa besar plak tu. tp bila kantoi, rasa malu plak dgn mak ayah..

    contoh...saya tipu..
    ma tanya sy nk g mana?
    saya ckp nk g kedai je padahal sy nk g bank cek duit scholar...

    kenapa sy tipu?
    sbb nnti mama tanya2 psl duit scholar n mama tahu amount n mama tau lah sy boros sbb bila cukup bulan duit habiss.. :D

    jahat kan?
    saya insaf.. :D

    BalasPadam
  10. belum cukup bulan* typo..maaf :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com