terkini dan sensasi

Isnin, 11 April 2011

kenapa tak suka hari Isnin?

Assalamualaikum...(^ ^)

arghhhhhh... isnin datang lagi... bosannya!
kenapa cepat sangat isnin... tak puas lagi cuti!
isnin dah ke?? rasa baru je lepas hari isnin...

pelik kan?? kenapa ramai tak suka hari isnin... sampai ada yang menyebutnya monday blues! setelah dikaji oleh Mas sendiri berdasarkan pengakuan kawan2 dan pengakuan diri sendiri... ada beberapa faktor yang sebabkan ramai tak suka hari isnin... jom kita lihat faktornya mengikut pendapat Mas sendirilah... bukan fakta pun, jadi janganlah percaya sangat...hehehehehe
  • sebab sabtu/ahad tu balik kampung... sampai pulak dah tengah malam! penat dan mengantuk, esok pulak isnin kena kerja... terus cakap 'kenapalah esok isnin, tak sukalah! 
  • sebab isnin ada perhimpunan (bagi budak sekolahlah)... time perhimpunan lah kena pakai lencana, pakai name tag, kuku kena pendek, kena pakai stoking, kena tide-in baju dan macam2 lagilah! kalau bukan hari isnin sah2 semua benda ni tak buat kan? hurmmmm... cam ada pengalaman je!
  • sebab menimbun kerja menanti di pejabat... almaklumlah hari jumaat tu rehat panjang so mestilah pergi bersukaria di shopping2 kompleks... balik pejabat dah penat, tangguh jelah kerja ke hari isnin! ada pengalaman gak ke?
  • sebab jalan jammed, ramai orang keluar awal hari isnin! nak hantar anak sekolah awallah, pagi isnin biasanya ada morning prayerlah, boss biasa datang awallah hari isnin! semua nilah menyebabkan orang keluar awal hari isnin jadi jalan pun jammed... sebab tu saya tak suka isnin! ish... ada gak sebab camni kan? bukan awak yang keluar lewat ke?
  • sebab dah memang malas kan? tak kiralah isnin ke, selasa ke, rabu ke, khamis ke atau jumaat ke... kalau dah malas tu semua hari dia tak suka! betul tak kawan2?

15 ulasan:

  1. kitelah tu he3,sbb permulaan minggu mmg memenatkan mana dgn htr anak ke nursery,uruskan twin ke sekolah.dan kena drive gi keje..menci...menci.tapi kite suka jugak hari isnin sebab tanpa isnin takdelah hari sabtu dan ahad la...la...la...

    BalasPadam
  2. ahahahaha kesian monday smua org x suka..
    eh larling dh jumpa maya pun x de mood lg ke?

    pi beli ciklat kasi x boring..
    hurmm nak bg stok dh abis la yang ;)

    BalasPadam
  3. aleasara;
    hehehe...ye ke?
    tapi betul kan, hari isnin mcm2 nak kena buat! Mas paling malas nak iron uniform sekolah anak..huhuhuhu

    BalasPadam
  4. pinky;
    hehehee...kesian dia kan?
    eh...Mas ok je! mood happy lagi!

    BalasPadam
  5. haha, mas tulis memang kena kat batang hidung kita lah..ouch!! hehe monday blues yang berdouble2 bluesnya hari ni..

    btw nice kan kartun atas tu..

    BalasPadam
  6. anis rasa anis kena pilih yg last sekali ,sebab dh mmg malas ..hukhuk
    hate moanday

    BalasPadam
  7. leyzajamil;
    laaaaaa...ye ke? sorilah takde niat pun, sekadar berkongsi dah ingatkan diri sendiri je!

    kartun tu cilok dari google..

    BalasPadam
  8. aniswany;
    hehehehe...pilihlah, tak marah pun!
    Mas pun kadang2 kena pilih yang last gak!

    BalasPadam
  9. Monday oh Monday! bila hari Monday je.. semua orang akan kelam kabut nak klua awal kan? macam saya juge!

    BalasPadam
  10. farah;
    hehehehe...tak suka monday ek?
    akak pun suka keluar awal tapi bukan monday je, tiap2 hari mmg kena keluar awal!

    BalasPadam
  11. khalis semua hari sama.. sebab tak pernah cuti..kedai bukak setiap hari..tapi paling suka hari jumaat sebb kedai bukak petang..dapatla malam jumaat tidur puas..hehe

    BalasPadam
  12. khalis tiru kat sini rsanya haritu..lagipun blog khalis takde banyak edit html..so tak bercanggah banyak benda..cuba tengok sini

    http://maribinablog.blogspot.com/2010/05/cara-pasang-fungsi-reply-to-comment.html

    BalasPadam
  13. khalis;
    baguslah camtu! kuat kerja...
    amboi nak selit gak mlm jummat tu!


    akak dah try dari maribinablog ni tapi tak jadi gak! tak tahulah kenapa?

    BalasPadam
  14. elle bukan isnin jer monday blues. hari2 blues

    BalasPadam
  15. @Elle Elyssa
    hehehehe...sampai camtu sekali ke?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com