Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 7 April 2011

kerana sayang... tergadai maruah!

Assalamualaikum...(^ ^)

demi cinta antara kita... saya rela korbankan segalanya untuk awak
biarlah dunia menjadi saksi betapa utuhnya cinta kita
apa pun terjadi kita akan tetap bersama!

wahhhh! sampai macam tu sekali... dek kerana panahan cinta sampai sanggup korbankan segalanya termasuk gadaikan maruah diri! sebelum terjadi memanglah sanggup tapi macam mana bila dah terjadi? bukan ke hanya habis madu sepah dibuang? maruah yang tergadai bukannya boleh ditukar ganti... ingat spare part kereta ke?

memanglah bercinta itu indah tapi tak perlulah nak tunjuk keindahan itu dengan gadaikan maruah! bila dah terjadi perkara yang tak diingini maka hilanglah terus perasaan cinta dan sayang tu... dunia bukan lagi menjadi saksi utuhnya cinta tapi menjadi saksi bertambahnya dosa! terus lupa ungkapan "apa pun terjadi kita akan tetap bersama" tapi lahirlah ungkapan "apa yang terjadi awak tanggung sendiri akibatnya"! 

baik lelaki atau perempuan, keduanya tetap bersalah! si perempuan bersalah kerana tak mampu pertahankan maruahnya dan si lelaki bersalah kerana tak mampu menjaga perempuan sebaiknya... tanya diri masing2 perlukan cinta itu dibuktikan dengan mengadaikan maruah semata-mata? banyak lagi bukti lain yang lebih indah dan bermakna... janganlah kerana nak buktikan kasih sayang tu sanggup buat segala-galanya termasuk gadaikan maruah!

4 ulasan:

  1. kannnn..kak mas kite dh marah..huhu
    betul..bnyk lagi cara nk tnjukkan syg..kan dear?

    contohnye..bg la ciklat ke ahahaha..
    x abis2... ;p

    BalasPadam
  2. pinky;
    hehehehe..mmg marah ni!
    betul tu bagi ceklat lagi sedap kan?

    BalasPadam
  3. memang dua2 pihak bersalah tapi kat dunia ni hanya sebelah pihak je yang dipersalahkan.hanya perempuan saja yang dihina.kesimpulannya,jauhi la semua benda ni.

    BalasPadam
  4. fad;
    hurmmm...itulah lumrahnya!
    bila dah jadi macam ni mmg perempuan yang selalu dipersalahkan kerana tak pandai jaga maruah...
    itulah sebabnya sebagai perempuan kita kena pandai nilai yang mana baik dan buruk sebelum perbuatan tu memakan diri kita sendiri!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com