terkini dan sensasi

Rabu, 13 April 2011

orang tua tu... hormatlah sikit!

Assalamualaikum...(^ ^)


alhamdullilah... Mas dah sihat hari ni berkat berehat sepanjang hari semalam! harap2 lepas ni tak kena lagilah migrain yang teruk! kena lebih menjaga pemakanan, tak nak main bedal je...
ok berbalik pada tajuk entri hari ni... apa kawan2 akan buat kalau berdepan dengan orang tua? mesti kita hormatkan dan lebih mendahulukan mereka dalam apa2 hal... tapi kejadian semalam membuatkan rasa sakit hati sangat dengan seorang lelaki ni! 

kejadian ni berlaku semalam kat sebuah kedai... ada seorang pakcik tua nak keluar dan pada masa yang sama ada seorang lelaki pun nak keluar jugak! biasalah orang tua kan bila nak buka pintu tu mestilah slow sikit, pastu dia tak perasan yang pintu tu sepatutnya ditarik bukan ditolak... masa dia tengah terkial2 nak bukan pintu tu, lelaki ni boleh pulak pergi sound pakcik tua tu sambil marah2!

"cepatlah pakcik! apa terkial2 ni! tak nampak ke tulis TARIK tu, yang TOLAK buat apa!" lebih kurang camtulah dia cakap kat pakcik tua tu... tak cukup dengan cakap dia terus tarik pintu dengan kasar sampai terkena sikit kat pakcik tu! kurang ajar betul lelaki tu... Mas terus sound direct je "eh bang, hormatlah sikit! kan orang tua tu..." tapi lelaki tu buat tak tahu je... terus blah macam tu je! geram betul Mas masa tu, dahlah sakit kepala... sakit hati pulak ngan perangai lelaki tu!

moral of the story...
hormatlah orang yang lebih tua walau dalam apa keadaan sekali pun
apa perasaan kita kalau yang diperlakukan sebegitu adalah ayah kita sendiri!

21 ulasan:

  1. jahat nye laki tue,,
    tak layak jadi suami!..hehe..

    BalasPadam
  2. qucachacir;
    mmg jahat dan mmg tak layak!
    benci akak tgk muka dia...

    BalasPadam
  3. membara je rasa hati ni. apa kata orang lain buat kat dia masa dia tua nanti. Tuhan Maha adil.

    BalasPadam
  4. hafeezan;
    tulah..mmg geram je Mas tgk dia!
    betul tu, pembalasan tu tetap ada pada orang mcm ni..

    BalasPadam
  5. kuah rojak betoi... bajet dia besar sangat kot suka hati nak wat cmtu...

    BalasPadam
  6. nsar;
    tulah..dia bajet dia besar sgtlah tu sbb tu buat kurang ajar plak...
    Mas dah sound direct pun buat tak tahu je...eeeeee sakit hati!

    BalasPadam
  7. betol-betol...
    nanti dah tua kene balik maki tau lah..

    BalasPadam
  8. qucachahir;
    biar dia rasa pulak apa yg pakcik tua tu rasa kan?

    BalasPadam
  9. nnt dia dah tua, kalau ada org buat macam tu kat dia, mesti dia menyesal kan buat mcm tu kat pak cik tu?? time tu menyesal pun tak guna ~~

    Malaysia terkenal dengan budi bahasanya, sopan santunnya, tapi rasanya itu semua indah khabar dari rupa. sedih, tapi hakikat. *sigh*

    BalasPadam
  10. farah;
    betul tu...skrg mmg dia tak menyesal tapi bila dah terjadi pada dia nanti baru dia tahu!

    BalasPadam
  11. aah kak..bia dia rase..
    hukum karma name nye..hehe

    BalasPadam
  12. @qucachahir
    ya..betul tu
    jahat akan dibalas dgn jahat jugak!

    BalasPadam
  13. ngenggg la dia...
    nnt bila dia dh tua..mesti dia akan rasa bnda yg sama..

    wat goes around comes around.. ;)

    BalasPadam
  14. kadang2..manusia camnne takde perasaan simpati kat orang..dia tau dia je..eksiden baru tau

    BalasPadam
  15. xde budi bhasa tol..ingt ckit,kalo mak bapak kite yg kena mcm 2 mcm mna kite rase?rase cm nk g tmpar je org yg kuang ajar kt mak bapak kite 2 kn?so,tmbang rase la ckit..mintak jauh dpt laki mcm ni..

    BalasPadam
  16. @♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥
    memang ngenggg! tak bermoral...
    pasti dia akan dpt pembalasan!

    BalasPadam
  17. @mykhalis
    macam tulah kalau orang tak bermoral!
    pentingkan diri sendiri je...

    BalasPadam
  18. @miyoko mohamed
    mmg kurang ajar! Mas pun rasa nak maki hamun je dia masa tu...
    kesian kat pakcik tua tu!

    BalasPadam
  19. kurang asam punyer budak... maybe dia marah kat ayah dia, then sume laki tua dia nk mrah.. ish2x.. macam2 ragam skrg..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com