terkini dan sensasi

Khamis, 14 April 2011

perlukah ada peluang kedua?

Assalamualaikum...(^ ^)

setiap manusia di muka bumi ini tidak lepas dari melakukan kesilapan... tapi perlukah mereka ini diberikan peluang kedua demi menebuskan kembali kesilapan dan kesalahan itu? apakah dengan memberi peluang kedua mereka akan benar2 insaf dan tidak akan mengulangi kembali kesilapan itu...

bagi sesetengah orang memang sukar untuk memberikan peluang kedua setelah kepercayaan mereka dikhianati sewaktu peluang pertama diberikan... bagi mereka seolah2 tiada istilah peluang kedua! yang salah tetap tak boleh dimaafkan dan kepercayaan itu sukar untuk dipupuk kembali!

bagi Mas kadangkala betapa beratnya sesuatu kesalahan, seseorang itu perlu diberi peluang kedua... ini agar dia dapat memperbaiki kesilapan diri dan menyesal atas apa yang dilakukan... janganlah terlalu cepat kita menghukum dia dek kerana kesilapan kali pertamanya! Mas yakin seseorang itu pasti boleh berubah dan belajar dari kesilapan... sudah tentu peluang kedua akan mengajar seseorang itu bersikap lebih matang dalam membuat apa2 keputusan tanpa membinasakan diri sendiri...

tak kiralah dalam hubungan apa sekali pun, keluarga, sahabat, suami isteri atau anak kepercayaan adalah lebih penting! dengan kepercayaan itulah akan wujudnya peluang kedua kepada seseorang itu... kita percaya dia pasti berubah, kita percaya dia pasti menyesal dan kita percaya masih ada peluang untuk dia! tapi ingatlah jangan jadikan peluang kedua itu sebagai landasan untuk meminta peluang ketiga, keempat, kelima, keenam atau keberapa puluh pulak! kalau sampai macam ni memang tiada maaf bagimu...

10 ulasan:

  1. manusia berubah-rubah kak..
    huhu..kan..

    BalasPadam
  2. @qucachahir
    betul tu...
    tapi perlulah berubah ke arah kebaikan!

    BalasPadam
  3. @farah
    terima kasih kerana setuju!
    peluang kedua tu janganlah dipersiakan pulak..

    BalasPadam
  4. setuju.. ;) peluang kedua tu leh diberi. tapi andai diulang jugak.. no more chance la kan.. ;) apa pn mendoakan terbaik buat kamu.. ;)

    BalasPadam
  5. @fRaMe LenSeS
    terima kasih!
    betul tu...kalau ulang jugak mmg takde peluang dah lepas tu..

    BalasPadam
  6. Kalau dah bagi peluang kedua pun tak berubah...tu yang payah tu...

    Rasanya dah tak wujud peluang ke tiga kut

    BalasPadam
  7. @Cik Cempaka
    kalau tak berubah jugak mmg takde dah peluang lepas tu...boleh blah jelah!

    BalasPadam
  8. mOon berpegang dengan "lebih baek memaafkan dari tersalah menghukum"...mgkn mOon ni kadang2 tersangat penyabar orgnya...

    BalasPadam
  9. @munirAh jOhAri
    betul jugak tu!
    tapi kalau sampai berkali2 minta diberi peluang boleh ke kita bersabar?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com