mrs secretary

Sabtu, 16 April 2011

review filem Senjakala : tak seram pun!

Assalamualaikum...(^ ^)

disebabkan bosan di rumah hari ni Mas pergi menonton wayang di Alamanda.. mulanya nak tengok Hop tapi tiket habis! ramai sungguh orang tengok cerita ni, akhirnya beli tiket filem Senjakala!


review filem Senjakala
filem yang mengisahkan saka yang perlu diwarisi oleh keturunannya.. pada permulaan plot cerita begitu membosankan sehingga membuatkan Mas hampir terlena! walaupun filem ini bergenre seram tapi sebenarnya tidaklah menyeramkan sangat tetapi memang ada babak² yang boleh membuatkan kita terkejut! 

ceritanya lebih berkisar kepada bagaimana nak menghapuskan saka keturunan nenek moyang yang diwarisi.. elemen² seram pun agak berkurangan jika dibandingkan dengan filem seram yang lain! jadi bagi Mas cerita ni biasa² saja dan dari Mas bagi 5 bintang je.. anak² Mas yang sama menonton pun boleh cakap tak seram pun!


inilah pelakon utama filem ini, Zahiril Adzim (Armand) dan Liyana Jasmay (Karlisa).. mereka digandingkan kali pertama di dalam filem Senjakala ini.. walaupun lakonan mereka berdua agak berkesan bersama dengan watak² yang lain tetapi tidak cukup untuk menjadikan filem ini sebagai filem seram yang begitu memberikan impak menakutkan kepada penonton! harap² Senjakala mampu mencapai kutipan seperti yang diharapkan oleh produksi filem ini..

10 ulasan:

  1. wahhhh tgk movie..syiok nihhh... ;)
    x seram ke yang..tapi kalau i yg tgk..kompem tkt gak skit huhu~
    almaklumla penakot ;p

    BalasPadam
  2. @♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥
    ada gak babak2 yg seram tapi takdelah sampai Mas terjerit2 ketakutan macam tengok khurafat tu!

    BalasPadam
  3. nasib baik tak tgk lg. hehe

    BalasPadam
  4. @fasha
    tak payah tengoklah...
    tunggu je main kat astro nanti!

    BalasPadam
  5. @mynameismy
    ok! kita jumpa disana..
    hehehe...tak sabarnya!

    BalasPadam
  6. tengok review dia pon tak seram.hohho

    BalasPadam
  7. aha, saya pun ada wat review senjakala gak...ada kat www.kakiwayang.com

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com