terkini dan sensasi

Khamis, 28 April 2011

takde sivik punya orang!!

Assalamualaikum...(^ ^)

saat ini mata sangat2 mengantuk... rasa sekarang jugak nak pergi tidur kat surau! bila mata mengantuk ni otak pun bekulah, ditambah pula dengan kesejukkan aircond... maka idea pun membeku bersama sehinggalah teringat kembali kejadian petang semalam... ingat semalam je nak cerita tetapi disebabkan kesihatan tak mengizinkan maka terbantutlah... 

kejadian petang semalam sememangnya menguji tahap kesabaran, kalau diikutkan hati... kejadian berlaku masa Mas sedang memandu balik dari kerja... sedang khusyuk memandu sambil makan coklat Cadbury dan dihiburkan dengan lagu Dealova, tiba2... dummmmmmmm! sebiji botol air mineral melayang dari kereta hadapan dan terkena windscreen kereta Mas... opocot mak engkau! terkejut beruklah Mas... hampir2 tertekan brek emergency! apa lagi Mas pun tekan horn kuat2, buka tingkap dah jerit kuat2... tapi waktu tu memang  dia dah pecut laju dah, Mas malas je nak kejar... kalau Mas kejar memang Mas langgar je belakang kereta dia... memang takde sivik punya orang!

ada ke patut sampah seperti botol mineral tu main campak2 je keluar tingkap... ingat jalan mak bapak dia ke? apa salahnya simpan dulu dalam kereta, nanti bila sampai rumah buanglah dalam tong sampah! Mas akui, Mas pun pernah buang sampah dari kereta semasa memandu... tapi cuma bungkus gula2 je! memanglah Mas tau itu satu kesalahan, tapi kadang2 tu tak sengaja... tapi bersiviklah sikit daripada manusia tak guna tu!

macam itulah manusia kan? kadang2 sesetengah pemandu memang tak hiraukan pemandu yang lain... mereka buat seolah2 jalan tu mereka yang punya... orang macam ni memang tahap kesedaran sivik dia takde langsung! 

22 ulasan:

  1. Mas cuba bygkan kalo kita naik motor cmne..kalo kena xke sakit gak..tp mmg la seyes kt hati kalo org wat cmtu

    BalasPadam
  2. @Fitri Senin
    tulah...kalau naik motor mmg nayalah!
    orang mcm ni takde otak kot?

    BalasPadam
  3. mujr tak terkejut sampai tersalah pusing streng.. be carefull k?sabo jela ngn orang takde sivik nie

    BalasPadam
  4. @mykhalis
    mujurlah...mmg terkejut betul!
    nasib baik akak sabar kalau tak mmg langgar je belakang kete dia..

    BalasPadam
  5. melampau giler sampai buang botol air...

    BalasPadam
  6. anak aku lak buang makanan kuar tingkap..hehe

    BalasPadam
  7. @Sal Saari
    haaaaaaaaa...sape tu?
    mai sini makteh babab dia...

    BalasPadam
  8. faten dulu bawak scoot...pastu ade driver lory ni meludah so habes tempias ayaq liuq die ..seb bek helmet ade visor...mase 2 mmg maki habes la siap tunjuk tgn tp dlm takot2 la...sebb lori die besar...

    BalasPadam
  9. org tu tak de tong sampah kat rumah,
    tu yg dia main buang je kak, :)

    BalasPadam
  10. sbb jln tu mak bapak diorg punye la..
    diorg buang ikut suke hati..
    hehehe

    BalasPadam
  11. @FATIN HIDAYAH MUHAMAD
    eeeee...lagi dahsyat!
    mmg kurang ajor kan?

    BalasPadam
  12. @kAmi dAn mEreKa
    agaknya kot?
    meh sini akak belikan 10 tong sampah kat dia..

    BalasPadam
  13. tu nama nye big car but have small brain!

    BalasPadam
  14. mmg xde sivik..kalo kena pejalan kaki ke..ape cer..haishh no manner btolla

    BalasPadam
  15. @alexa yussida
    itulah pasal..
    kepala otak letak kat lutut kot?

    BalasPadam
  16. Takde kesedaran sivik. Patut disaman jer orang macam tu.

    BalasPadam
  17. salam mas, komen ni adalah xberkaitan :

    saya nk bg award kat blog mas, amek kat blog ye. tq

    BalasPadam
  18. @MamaIeta
    hehehehe...terima kasih!
    Mas akan ambil...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com