Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 25 April 2011

terasa sudah hilang kepercayaan pada Maxis

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang setia dengan Maxis sejak tahun 2000... nombor telefon yang Mas guna sekarang pun memang tak pernah tukar, tetap guna nombor yang sama sejak dari mula2 pakai handphone! tapi kesetiaan Mas selama 11 tahun ini telah digugat oleh pihak Maxis sendiri! terasa sudah hilang segala kepercayaan dan kesetiaan kepada Maxis selama ini...

semuanya ini gara2 bil Maxis bulan Mac yang melambung tinggi daripada biasa... Mas memang guna postpaid dan ambil plan Family Plus... kebiasaanya bil tiap2 bulan untuk 3 nombor + broadband mesti kurang dari RM200! tapi sungguh2 Mas terkejut beruk bila bil bulan Mac hampir mencecah RM300! apa ke halnya ni?

klik untuk lihat lebih jelas...
setelah Mas buat semakan bil secara online, Mas tengok charge yang dikenakan ke atas Maxis Mobile Internet sebanyak RM133.30! mak datuk... banyaknya! bila masa Mas guna internet ni? memang tak puas hati! apa lagi terus telefon Maxis dan Mas membebel dan marah2 lah dekat Pegawai Khidmat Pelanggan Maxis tu... pastu dia boleh cakap mesti Mas ada terbagi orang lain guna phone untuk layari internet! eh? suka2 hati je cakap macam tu, ingat Mas baik hati sangat ke nak bagi orang guna phone Mas sesuka hati... bodoh sangat ke Mas ni!

tapi bebel dan marahlah macam mana sekali pun pihak Maxis tetap nak kita mengaku yang memang kita guna Internet tu... bayaran tetap kena jelaskan dan Maxis kata akan refund balik jika setelah dibuat semakan memang terbukti Maxis yang salah charge! hurmmmm... senang je kan cara penyelesaian mereka! takpe Maxis, Mas akan beri peluang 1 bulan lagi... tapi kalau next month macam ni jugak... memang muktamad Mas terus terminate line ni! guna broadband je... untuk telefon guna prepaid, lagi jimat!

26 ulasan:

  1. kan da habaq mai aritu.. kan da kene senirik.. ha, gune prepaid lagi jimat.. lelagi hot ticket.. takde la ati ai hot lagik.. keh3

    BalasPadam
  2. aah kak
    guna hot tiket je sudah..

    BalasPadam
  3. warghh,, memang hot lee.. panazz... *tapi teman lagi panaz, berukben celcom sangat la slow.. arghh, tensen..

    BalasPadam
  4. @BbSH~
    huhuhuhu...sedih tau!
    mentang2lah ai dpt kutu bulan ni, habis labur ke situ je...

    mmg nak tukar prepaid jelah!

    BalasPadam
  5. @encikReza
    ok Ja.. akak akan ikut nasihat korang! huhuhuhu...

    BalasPadam
  6. @Ayie
    bukan hot dan panazz je..dah terbako dah ni!

    berukben maxis pun slow gak!

    BalasPadam
  7. bako jer..hehe..
    mahenyaaa..takut ada org curi line ke..manalah tau kan, zmn skrg ni mcm2 org leh buat..

    BalasPadam
  8. selalu je ada kejadian macam ni. Kawan Yun pernah kene.. Tp celcom. Senang, guna prepaid je la. hehe

    BalasPadam
  9. @Sal Saari
    tak tahulah long...sedih rasanya!
    habis duit labur ke Maxis je..

    pasni aku pakai prepaid jelah!

    BalasPadam
  10. @Srikandi Bonda
    ntahlah...tapi ni first time Mas kena!

    BalasPadam
  11. mintak cakap ngan boss je.. Khalis pernah ada problem dengan celcom tertunggak 1500-2000 jugakla.. khalis tak nak bayar sebab komplen telah dibuat.. last2 celcom bagi rebet..tak perlu bayar

    BalasPadam
  12. @mykhalis
    bukan takat boss je...kalau boleh ngan CEO Maxis ni akak nak cakap!

    takpelah...senang cerita terminate jelah!

    BalasPadam
  13. hmm tula kadang2 x leh pecaya ngan diorg ni..kwn sy pon terkena,,,,btw, jemput ke blog sy n follow kay...tq

    http://misscha-cecite.blogspot.com/

    BalasPadam
  14. KALAU SUSAH SANGAT DIORANG TU NAK SEMAK BALIK, SIAR AJE KAT PAPER..MACAM PAPER MALAY MAIL..DIORANG KALAU ORG2 BIASA BUAT ADUAN BUKAN NAK LAYAN PUN BILA DAH TERSIAR KAT PAPER BARU TERHEGEH-HEGEH NAK JAWAB!(MALAY MAIL ANTARA PAPER YG BYK SIARKAN ADUAN PENGGUNA).

    BalasPadam
  15. guna hot tiket je la kak mas..jimat..b/band je pakai bil..jimat byk..

    BalasPadam
  16. pakai celcom je. haha, tetiba promot. ishh3. =_='

    BalasPadam
  17. akak, naz pun pernah kena tunggu masa juga nak blahh dari maxiss ni

    BalasPadam
  18. @misscha
    hurmmmm...tak sangka pulak ramai dah terkena!

    BalasPadam
  19. @hud aikara
    bukan Mas tak nak buat aduan tapi sbb first time kenakan...so kita tgk dulu camne!

    BalasPadam
  20. @cik denn
    hehehehehe...tgklah camne nanti!
    dah sebati ngan maxis ni..

    BalasPadam
  21. @naz
    huhuhuhu...kena jugak!
    jomlah kita blah sama2..

    BalasPadam
  22. sabarlah kak mas..
    aritu akak nad terkena jugak
    tapi dgn celcom.
    pakai sikit kena charge hmpir 300..
    duit mengalir macam air terjun je..

    BalasPadam
  23. Salam Mas.. kita ada masalah yang serupalah ... tahu tak ari tu seminggu balik kampung .. dalam masa seminggu tu kena bayar RM200 lebih, sedangkan sebelum balik kampung tu dah bayar RM200 utk on balik line ... tup2 seminggu kat kampung kena blocked balik line ... uhh alasan sama juga .. guna internet. Adehhh ....

    BalasPadam
  24. @Siti Nadzirah Zakariah
    ermmmm...nampaknya semua tak leh dipercayai, baik celcom atau maxis!
    makan duit customer..

    BalasPadam
  25. @hasrul hassan
    adeh...hasrul pun sama ke?
    jomlah kita sama2 say goodbye to maxis postpaid, pakai prepaid jelah lagi jimat!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com