terkini dan sensasi

Selasa, 17 Mei 2011

bermadu... rela atau tidak

Assalamualaikum...(^ ^)

teringat kembali semasa dalam perjalanan balik dari gathering Sahabat Blogger pada 15 Mei hari tu, seseorang telah bertanya soalan cepu emas kepada Mas... 

seseorang : Mas rela bermadu tak?
Mas : tak rela!
seseorang : kenapa tak rela?
Mas : sebab Mas tak rela berkongsi kasih!

lebih kurang macam tu sesi soal jawab Mas dengan dia... hehehehehe! ini mesti sebab cerita panas SY nak kahwin kali keempat tu kan? itu kes SY, isteri2 dia rela bermadu dan berkongsi kasih... tapi kalau tanya Mas memang tak rela dan tak sanggup berkongsi kasih! pernah Mas tanya husband, macam mana kalau perempuan boleh kahwin lebih dari satu... boleh ke kalau Mas madukan abang? terus husband jawab... mana boleh! jadi kalau husband Mas pun tak sanggup, inikan pula Mas... 

sebenarnya Mas tak nak ulas panjang lebar tentang isu bermadu ni sebab jawapan Mas tetap sama... memang tidak dinafikan ada yang bahagia bermadu dan barangkali hanya yang sedang atau pernah melalui kehidupan bermadu dapat merasai pahit manisnya berkongsi kasih daripada seorang lelaki bergelar suami... bagi Mas itu semua terpulang kepada keikhlasan hati masing2 kan? apa yang penting dalam sesebuah perkahwinan ialah kejujuran dan saling mempercayai di antara satu sama lain...

13 ulasan:

  1. akak..
    kalau cik pulau pun taknak..huhuhu..
    kadang2 madu pun boleh jadi hempedu....huhu..^^,

    BalasPadam
  2. kalau gurl x sanggup bermadu. laki pun x sanggup kawen ramai. penin kepala. huhu

    Hot FM, Oh! Media FM, Heliza Helmi Production kena HACK

    BalasPadam
  3. Kak Es pun tidak menidakkan hukum poligami.
    ikut sunnah...tapi mampukah seadil nabi?
    tak pe nak ikut sunnah..banyaaaaakkk lagi sunnah lain boleh buat. buat la yang lain tu dulu.

    BalasPadam
  4. nehiiiiiiiii..NO! hikhikhik
    i tak sanggup U.. ;)

    BalasPadam
  5. @cik pulau
    memang tak sanggup kan!
    sesungguhnya madu itu pahit..

    BalasPadam
  6. @Freaky
    betul tu!
    ramai dah akak tgk org yg bermadu ni banyak masalah..

    BalasPadam
  7. @bersama kak Es
    betul tu kak!
    kenapa kalau nak berpoligami mesti ikut sunnah tapi bila bab lain tak nak pulak ikut sunnah kan?

    BalasPadam
  8. @♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥
    akak pun tak sanggup...
    dan yg pastinya ramai lagi yg tak sanggup!

    BalasPadam
  9. ooo...menariknya perbincangan dengan seseorang tuuu..hahahhaha~

    BalasPadam
  10. @Sunah Mohammad
    tulah...memang menarik! hehehehe...
    tetiba je tanya soalan cepu emas camtu!

    BalasPadam
  11. ekeke...betoi2!! saye tau sape seseorang tuh!!ahahhaa:P

    BalasPadam
  12. @n!cK
    hehehehe...dah tau, diam2 ye!

    BalasPadam
  13. nama sahaja bertudung tapi iman tak kuat

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com