mrs secretary

Isnin, 9 Mei 2011

bila idea hilang entah ke mana... ini petuanya!

Assalamualaikum...(^ ^)

leganya dapat kembali ke pejabat setelah seminggu berulang-alik dari BBSalak Tinggi ke Kuala Lumpur kerana berkursus... tapi kelam kabut jugalah pagi ni, maklumlah dah seminggu PA lain ganti Mas! sambil kelam kabut setelkan kerja tu kepala hotak tak henti2 memerah idea... nak update entri apalah?

susah jugak kan kalau idea tak muncul2... penat dah otak berputar2 mencari idea tapi dia tetap berdegil, tak nak juga muncul! pandang kiri, pandang kanan, pandang depan tapi jangan pandang belakang... tetap sama juga, otak kosong... sekosong kertas A4 yang tak bertulis! pandang boss, pandang komputer, pandang cermin, terlihat wajah sendiri! dimanakah idea ni... kenapa kau tak mahu muncul hari ini?

huhuhuhuhu... nampak sungguh rumit keadaan itu kan? tercari2 di setiap pelusuk dimanakah idea itu bersembunyi! jadi apa yang Mas buat untuk cari idea itu? Mas amalkan petua ini... dengan harapan idea itu datang mencurah2!
  • blogwalking... blogwalking... blogwalking dan blogwalking... Mas lakukan ini tanpa kenal erti jemu dan letih! moga2 sewaktu sesi blogwalking dijalankan idea itu akan datang mencurah2 dengan lebatnya!
  • baca dan terus membaca majalah atau buku yang ada dalam simpanan di pejabat... manalah tau tanpa disedari idea itu akan datang tanpa henti! dan segala info di dalam bahan bacaan juga boleh dijadikan entri... tapi kena pandailah olah ayat sendiri agar tidak meniru bulat2 dari sumber tersebut!
  • baca lagi... tapi kali ni baca entri2 lama! dari entri2 Mas yang dah berkurun dan berkulat tu sedikit sebanyak boleh membantu Mas untuk dapatkan idea... kalau tak dapat jugak idea, republish jelah entri2 lama tu! hehehe... at least update kan?
  • minta idea dari kawan2... setelah usaha sendiri tidak mendatangkan hasil, tak salah kalau Mas minta bantuan kawan2 untuk memberikan idea! mungkin idea mereka lebih bernas dari idea Mas sendiri... 
hehehehehe... selamat mencuba petua mencari idea dari Mas! kalau berani, cubalah...

17 ulasan:

  1. wah...menarik jugak idea nie...boleh la jgk esok sy praktikkan masa jwb exam...hehe

    BalasPadam
  2. kalau fad,fad blogwalking,tengok keadaan sekeliling.kalau ade isu yang boleh dikongsikan dan tak berunsur sensitif,baru la kongsi.

    BalasPadam
  3. huhu..betul tu kak mas..
    lassttt skali tido ;)
    harapan dgn bangun nnt boleh berfikir dgn jayanya ;)

    BalasPadam
  4. kalau saya....nak dapat idea baca paper....lepas tu fikir sebab atau kenapa perkara tersebut berlaku....

    BalasPadam
  5. terbaek.. tips ni amat sesuai utk newbie mcm sy.. hehehe.. :)

    BalasPadam
  6. salam kak mas... pekabo? terjumpa blog akak... selamat hari ubu kak..
    eh,akak ingat ke saya?
    i'm follow u..senang2 dtglah blog tak seberapa saya...

    http://onlysarahrahman.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. bila blogwalking mesti akan muncul idea untuk update :D

    BalasPadam
  8. betul tu..mmg cara terbaik utk buat entry..

    BalasPadam
  9. Kak Mas, berguna tips2 akak bagi nih. Sebagai penulis blog memang selalu je dilanda masalah2 kekurangan ilhamkan? HEHEHE...

    p/s: Saya gegar balik kat sini. Sebenarnya sebelum ni penah menjengah kat blog akak gak cume belum pernah tinggal jejak...HEHE

    BalasPadam
  10. btul tu kak mas..kdg2 kering jgk idea..tu yg rjn duk join segmen org tu..kes xde idea la tu..klu idea dtg mencurah2 d ldg gandum sehari pun bleh update 2,3 entry..

    BalasPadam
  11. Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

    BalasPadam
  12. gambaQ time ni mka ada iras2 kak ipaQ moOn la...

    BalasPadam
  13. wah, kak mas sgt rajin. klau edi tak tahu nak update apa. edi wt tak taw je.. hehhe

    BalasPadam
  14. assalamualaikum..

    dtg menggegarkan blog mas.. thanks dtg kasi gegar2kan blog sy ye..

    nak tulis blog ni kalo idea tgh blank..mmg bersawang je jawabnya.. dah 2 hari x tulis blog ni...

    BalasPadam
  15. ada tips ke nak cari idea
    boleh ajar

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com