Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 17 Mei 2011

demi minat... apa pun sanggup

Assalamualaikum...(^ ^)

minat Mas yang mendalam terhadap permainan bowling menjadikan Mas sanggup buat apa saja untuk mahir di dalam permainan tersebut... pada mulanya main hanya sekadar untuk suka2 tapi lama kelamaan timbul minat yang mendalam! bermula dari situ Mas mengikuti pelbagai pertandingan bowling demi memahirkan diri... seterusnya Mas kumpul duit demi mendapatkan set peralatan bowling yang lengkap...berkat usaha Mas yang tak kenal erti jemu Mas mampu jugak memiliki set peralatan bowling sendiri! bukan sekadar itu saja, Mas juga dah berjaya memenangi beberapa pertandingan bowling... 


sama juga dengan berblog... bila kita dah punya minat yang mendalam untuk berblog kita akan sanggup lakukan apa saja untuk jadikan blog kita dikenali! betul tak? mula2 kita tulis blog sekadar untuk suka2 tapi bila blog makin dikenali perkara yang suka2 itu akan menjadi satu minat! dari hanya pakai header dan template biasa terus sanggup beli header dan template sendiri... dari hanya menggunakan blogspot.com terus bertukar kepada dot com... dari hanya menulis di blog kita menghasilkan Vlog kita sendiri... seterusnya bermacam promosi kita lakukan agar blog lebih dikenali! semua ini kita lakukan demi minat kan?

jadi pada pandangan Mas jika kita sanggup berhabisan wang ringgit dan masa demi minat kepada sesuatu benda atau perkara adalah sesuatu yang pasti bagi setiap orang... minat yang mendalam ini akan memberikan kita kepuasan dan pastinya ia menjanjikan pulangan yang berbaloi kepada kita! 

16 ulasan:

  1. rindu mau main bowling, jadual keje pack sampai hujung bulan.. :)

    BalasPadam
  2. stuju dgn kak . demi minat , apa pon sggp buat. hehe

    BalasPadam
  3. setuju kak. mula2 buat blog untuk suka2 je. bila dah ramai yang follow dan komen, rasa sangat seronok pula :)

    Pergaduhan Hacker dan Fan Heliza di Fb

    BalasPadam
  4. setuju..minat datang kemudian yang penting pencetusnya perlu ada...

    BalasPadam
  5. @missdora
    Mas pun rindu..dah lama gak tak main!

    BalasPadam
  6. @cik teyn teyn
    hehehehehe...janji dapat kepuasan!

    BalasPadam
  7. @Freaky
    samalah dgn akak...
    terima kasih sebab selalu dtg singgah blog akak!

    BalasPadam
  8. jika sanggup habiskan duit untuk sesuatu yang kita minat...

    xsalah berblog guna platform berbayar xpun pakai domain jika hendak lebih maju ke depan

    BalasPadam
  9. Salam...
    Abg eq akan umukan keputusan GA 'I LIGHT U' pada Jumaat ini, 20/6/2011 pukul 10 pagi. TQ

    BalasPadam
  10. fad dah lama tak main bowling.

    BalasPadam
  11. @storyfromme
    tulah, akak pun dah lama tak main!
    rasa macam dah hilang skill je..

    BalasPadam
  12. @Bro Framestone
    insyallah...kalau ada rezeki akan pakai domain jugak!

    nak tukar ke hosting sendiri tu belum lagilah sbb income dari blog pun belum dapat..

    BalasPadam
  13. @eqbalzack
    ok...Mas suka!
    tak sabar nak tunggu siapa yg menang..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com