terkini dan sensasi

Rabu, 18 Mei 2011

hari yang serba tak kena!

Assalamualaikum...(^ ^)



rasa sangat kalut sekarang... macam-macam perkara di luar jangkaan terjadi! semuanya jadi serba tak kena... mood jangan cakaplah memang merundum je! yang paling buat Mas kalut bila pagi ini bangun lewat, pukul 7.15 baru sedar! kelam kelibut dibuatnya, mana nak iron baju sendiri dan baju sekolah anak... mana nak siapkan sarapan untuk anak-anak... adoi pening dibuatnya! akhirnya anak-anak sampai sekolah pukul 7.45 pagi dan Mas sampai pejabat pukul 8.30 pagi! memang lewat gilalah...

bukan itu sahaja... bila dah sampai lewat, parking pulak penuh! terpaksa pusing tiga empat kali barulah dapat, itupun terpaksa menyelit di celah kereta orang lain... pastu ada lagi yang lebih malang, keluar je dari kereta terpandang kat tayar depan... pancitlah pulak! memang boleh pitam dibuatnya, dahlah tak pandai langsung nak tukar tayar ni! terpaksa call husband suruh dia datang...

bila buka blog pulak, macam-macam hilang! gadget followers entah ke mana, bloglist lesap entah ke mana dan macam-macam lagilah... memang serba tak kenalah hari ini! nak update blog pun takde mood...

14 ulasan:

  1. sabar kak n bawak tenang. skang rilek je dulu dan jangan pening. box follower majuk skang ni. pape pun wat keje dengan tenang..

    Terima kasih banyak2

    BalasPadam
  2. kak mas sabar ye..tapi pinky nampak ni...906 follower..
    dia g jalan2 jap tu ye kak..
    tarik nafasss..

    BalasPadam
  3. belum hr isnin pun moody dh mas..?????smile...xcomella bad mood nie..

    BalasPadam
  4. salam n cool mrs secretary..

    ada hari2 yg tersangat menduga emosi kita..bersbarlah ..ujian kecil je tu...senyum selalu.

    BalasPadam
  5. Kira express gak la tu bleh sampai opis kul 8.30.

    Ramai gak ek yang hilang gadget, entry, list bila blog diupdate ritu..

    camner la diorang wat keje nie

    BalasPadam
  6. @Freaky
    terima kasih..
    tengah bertenanglah ni!

    BalasPadam
  7. @PinKy MoMMa
    masih bersabar lagi ni...
    tulah, kejap ada kejap takde!

    BalasPadam
  8. @Fitri Senin
    moody sikit je!
    byk perkara tak diduga terjadi..

    BalasPadam
  9. @p@kcikLie
    masih boleh bersabar lagi ni...
    saje je luahkan kat blog ni, at least rasa tenang sikit!

    BalasPadam
  10. @Cik Cempaka
    hehehehe...pecut gile mana tak expressnya!

    tulah..pening dah tgk blog sendiri, macam berserabut je!

    BalasPadam
  11. sabaq nahh kak mas..biasa lah, mesti dlm setahun tu, kita pasti akan bangun lmbt kan.. hihihihi

    BalasPadam
  12. sabo sabo..kuatkan semngat..biasala.. semoga hari esok lebih baik dari hari ini

    BalasPadam
  13. @Saya Fiqa
    hehehehe...betul tu!
    tapi salah sendiri gak, lupa set alarm..

    BalasPadam
  14. @mykhalis
    terima kasih...
    begitulah hendaknya, moga hari esok lebih baik!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com