Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 13 Mei 2011

jaga tepi kain orang... mesti kena dengan caranya

Assalamualaikum...(^ ^)

'jaga tepi kain orang' merupakan peribahasa lama yang masih digunakan ... ianya boleh didefinasikan sebagai masuk campur hal orang lain atau menyibuk hal orang lain... tapi tidaklah menjadi satu kesalahan jika ianya mempunyai sebab yang musabab! seandainya kita menjaga tepi kain orang untuk tujuan kebaikan itu adalah sesuatu yang bagus dan digalakkan... 
gambar hiasan dari uncle google
dalam masyarakat sekarang budaya jaga tepi kain orang seharusnya digalakkan kerana terlalu banyak perkara yang tidak baik berlaku... sebagai contoh jika berlaku gejala maksiat di sebuah kawasan kejiranan... jika penduduk di kawasan itu berpegang kepada istilah "tak payahlah jaga tepi kain orang, lantak merekalah nak buat maksiat, mereka yang tanggung dosa...buat tak tahu je"... maka sudah tentu gejala maksiat tersebut tidak dapat dibendung! 

tapi janganlah kita terlampau menjaga tepi kain orang sehingga semua hal rumahtangga dia kita nak tahu... cara macam tu bukanlah menjurus ke arah kebaikan tapi bakal mengundang perbalahan pula...  yang pastinya janganlah kita hanya menjaga tepi kain kita sendiri sahaja sehingga hal2 disekeliling kita tak tahu... dan jagalah tepi kain orang lain supaya kita menjadi masyarakat yang prihatin! apa yang penting mesti kena dengan caranya!

.....tapi sesetengah masyarakat suka menjaga tepi kain orang dengan tujuan yang negatif! 

12 ulasan:

  1. wahh..jgan tarik kain saya..huhu

    BalasPadam
  2. saya suka posting ni mas...

    BalasPadam
  3. nad pon terpost entry sal jaga tepi kain org jugek..:)

    BalasPadam
  4. sejujurnya. jage tepi kain sendiri dulu baru orang lain, kalau kain sendiri terkoyak, macam mane nak jage kain orang lain.

    hihi.

    nice entri.
    bunuh je sape yang suke jage tepi kain awk tu. (:

    BalasPadam
  5. @aza
    mana ada tarik!
    selak sikit je...hehehehe

    BalasPadam
  6. @Rahmah Ram Ram
    terima kasih...
    sekadar berkongsi ilmu sahaja!

    BalasPadam
  7. @cik azeya
    betul tu! apa yg penting kita tahu bagaimana caranya kan?

    BalasPadam
  8. @miss nadya
    hehehehehe...ye ke?
    macam janjilah pulak!

    BalasPadam
  9. ekk.. spe mreka tu.. ish2x..

    BalasPadam
  10. @trigyy
    takde sapelah edie...
    ini sekadar berkongsi untuk kebaikan kita bersama!

    BalasPadam
  11. Assalam,

    Jaga tepi kain orang? Skrg nak jaga kain dalam orang plak... segala inner minner depa nak jaga. Bolehka? Tak boleh you. Lain lah kalu depa buat maksiat, bersekedudukan yg boleh membawa pengaruh negatif di kawasan kejiranan. Yang buruk kita kongsi benteras yang baik kita pupuk dan sanjung. Amal makruf nahi mungkar.

    BalasPadam
  12. @mamawana
    jaga dalam kain tu tak perlulah... ini jaga tepi kain utk kebaikan bukan keburukan!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com