Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 30 Mei 2011

lelaki bersepatu tinggi

Assalamualaikum...(^ ^)

sumber gambar dari website penganjur
melihat segelintir 'golongan istimewa' seperti mak nyah atau pondan berjalan mengenakan kasut tumit tinggi bukanlah perkara mustahil... tetapi bagaimana pula jika anda menyaksikan golongan adam sejati berjalan kaki sejauh 1.6 kilometer dengan memakai kasut bertumit tinggi... mesti pelik kan?

namun itulah aktiviti lucu yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur sempena menjayakan kempen The Pixel Project's Celebrity Male Role Model Pixel Reveal menerusi program global "Walk A Mile In Her Shoes's Day"... kali pertama dalam sejarah kita akan menyaksikan seramai 100 orang lelaki tempatan berjalan sejauh satu batu dengan berkasut tumit tinggi dengan matlamat membantu menghentikan keganasan terhadap wanita!

pengasas The Pixel Project, Regina Yau berkata... lelaki adalah insan yang paling berpengaruh dalam hidup wanita... jadi apabila melihat lelaki yang rapat dengan kita mengambil bahagian dalam kempen berkenaan, ia secara tidak langsung memberi impak besar kepada semua!"

jadi kepada kaum adam yang berminat untuk menyertai kempen ini bolehlah membuat pendaftaran menerusi laman web http://globalwalkamileday.thepixelproject.net/ dengan bayaran RM40... jadi apa lagi kawan2 bolehlah suruh suami atau kekasih menyertai kempen ini... masa inilah kita nak tengok dia benar2 menghargai kita atau tidak!

sumber dari Berita Harian... dan untuk berita lanjut boleh baca di sini

12 ulasan:

  1. hahaha..kalau suruh bf jijah..confirm tak nak! dia tak suka bapok2 ni..pakai baju pink pon tak nak..ngee~

    BalasPadam
  2. hehe tgk gambar tu rasa gelilah pulak, sebab ada bulu kaki =)

    BalasPadam
  3. hahaha.. this is unik. tp mcm pedih kaki je pakai heel tu.

    BalasPadam
  4. umakaiii ... tgk kasut seksi, sekali berbulusssss huhuhuh

    kalau en somi pakai, rs nye terus suh urut kaki

    BalasPadam
  5. awwww..tak kuasa i...pakai high heels, tapi bulu kaki berserabut..hehehe...

    BalasPadam
  6. kawan2...
    memang semua ni nampak kelakar dan menggelikan tapi Mas rasa kempen ni bagus untuk membuktikan yang kaum lelaki sama2 menyokong penindasan dan keganasan terhadap kaum wanita!

    BalasPadam
  7. apa kene mengena kasut tumit tinggi dengan keganasan terhadap wanita.. rase laki xmarah pempuan guna kasut tumit tinggi.. ceciter2 nape? huhu

    BalasPadam
  8. @suara malaya
    itu kira macam simbolik utk kempen tulah...cubalah baca kat website yang Mas sertakan tu!

    BalasPadam
  9. alahai.. mesti comel tgk dorg jln terkedek kedek cm itik kan?haha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com