Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 18 Mei 2011

macam nilah perempuan

Assalamualaikum...(^ ^)

sejujurnya Mas mengaku, kalau pasal kereta ni memang Mas failed! Mas cuma tau drive pergi kerja dan isi minyak je... kalau tayar pancit ke, check minyak hitam ke, check air ke dan apa-apa lagilah... semuanya Mas serahkan pada husband! tak dapat Mas bayangkan kalau husband takde, mahu meraung soranglah Mas... macam nilah perempuan kan?

padahalnya masa belajar memandu dulu, semua tu dah belajar! tapi biasalah, malas nak ambil kisah... kalau ada apa-apa masalah tentang kereta serah je bulat-bulat kat  husband! macam kejadian pagi tadi, tiba-tiba tayar kereta pancit masa datang ke pejabat... terus je telefon husband minta dia datang! hehehehehe... selamat!

tapi husband dah siap pesan, dia nak Mas belajar cara-cara nak tukar tayar kereta... katanya, kalau dia outstation ke, bila jadi macam tu taklah susah! yelah kan, betul jugak cakap husband Mas tu... lagi pun masa Mas tengok dia tukar tayar tu takdelah susah mana pun... nampaknya balik kerja ni kena persiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk belajar cara-cara menukar tayar kereta... Mas akan cuba sedaya upaya sehingga berjaya! 

terima kasih abang... hehehehe!

14 ulasan:

  1. biasa la tu kak. bukan perempuan je, laki pun ada jugak yang x tau tuka tayar kete.. mcm sy ni. hehehe

    Tunggu apa lagi. Cepat Pindah !!

    BalasPadam
  2. hehe saya pun tak reti tukar tayar gak. :p

    BalasPadam
  3. biasa laa perempuan..klu tau pun wat2x tak tau... malas nak berpeluh tgh2 panas tuko tayar..hehe..:00)

    http://ellismelia.blogspot.com

    BalasPadam
  4. kalau aku, jangankan tayar kete..tayar basikal pun lom tentu boleh tukar..huhu

    BalasPadam
  5. @Freaky
    hah! tak tau ke?
    akak ingatkan semua lelaki tau!

    BalasPadam
  6. @deqlis
    hehehe...sangat betul!
    alasan yang paling tepat tu..

    BalasPadam
  7. @Sal Saari
    aku kira teror sikitlah, sbb tayar basikal aku tau tukar!

    ingat lagi masa sekolah dulu, kalau tayar basikal pancit mesti tukar sendiri....hehehehe

    BalasPadam
  8. hehhehhe.. good luck bljar baiki tayar.. hihi

    BalasPadam
  9. hehe kalau sy pun sy suruh 'husband' je . haha tp sampai bila kn mngharapkn org je

    BalasPadam
  10. @trigyy
    terima kasih!
    doakan akak berjaya ye...hehehee

    BalasPadam
  11. @miss.Addin
    memanglah senang kalau asyik suruh husband je...
    tapi sampai bila kan? perlu jugak belajar!

    BalasPadam
  12. we are in the same boat laa kak mas.. :)

    BalasPadam
  13. @missdora
    hehehehe...lepas ni tak sama dah kot, sbb akak dah nekad nak belajar bukak tayar ni!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com