Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 25 Mei 2011

menikmati kegembiraan

Assalamualaikum...(^ ^)

setiap manusia berhak gembira... gembira dapat menghilangkan kesedihan, gembira dapat menghilangkan kesakitan dan gembira juga dapat menghilangkan keresahan! sebenarnya banyak cara untuk kita menikmati kegembiraan dalam kehidupan ini... tidak semestinya kita mendapat sesuatu berita gembira barulah kita nak raikan kegembiraan itu! bagi ibu seperti Mas, melihat anak2 membesar dengan sihat adalah sesuatu perkara yang mengembirakan... apabila anak2 Mas gembira, Mas pun akan turut rasa gembira!

dalam menikmati kegembiraan kita mempunyai pelbagai cara... antaranya adalah  melupakan segala kenangan pahit di dalam kehidupan kita! memang agak sukar tetapi jika kita fokus dan tekadkan azam untuk gembira di masa hadapan, pasti kita akan berjaya melupakannya! apabila telah berjaya melupakan segala kenangan pahit itu hendaklah kita bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk menikmati kegembiraan bersama keluarga...

selain itu tidak salah sekiranya kita berkongsi kegembiraan dengan individu di sekeliling kita yang sedang menderita dan berduka... mungkin dengan berkongsi itu kita akan lebih gembira dan dapat mengembirakan hati mereka! berpeganglah kepada prinsip, kita akan gembira jika melihat individu lain gembira... tak mustahil saham kebahagiaan dan kegembiraan tersebut turut menjadi milik kita! jadi ianya memberi keuntungan bagi diri kita dalam menikmati kegembiraan... inilah yang dinamakan hukum ganjaran!


6 ulasan:

  1. hidup perlu ceria sentiasa...ceria juga membawa bahagia.

    Setiap keceriaan itu ada batas2nya..jgn lah lalai dan lupa kpd yg Maha Esa.

    BalasPadam
  2. kaulah kegembiraanku...hehehehe

    BalasPadam
  3. @ryder
    terima kasih!
    kau juga kegembiraanku...hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com