Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 20 Mei 2011

nama UNIK... bangga!

Assalamualaikum...(^ ^)

Salam pagi Jumaat semua...


setiap manusia di muka bumi ini mempunyai nama... dan setiap nama itu unik serta mempunyai makna! tidak kiralah nama orang Melayu ke, orang India ke, orang Cina ke atau orang barat sekali pun, tapi nama mereka tetap ada makna yang tersendiri... bagi orang Melayu yang beragama Islam biasanya nama mereka akan mempunyai maksud yang baik dan indah! 

tetapi ada juga orang yang tak suka dengan nama mereka kerana nama itu tidak sedap atau tiada makna... sebenarnya tidak pernah ada istilah sebegitu! rasanya tiada ibu bapa akan berikan nama yang mengarut kepada anak mereka kan? walau sekali pun nama kita tidak sedap dan tidak mempunyai makna tetapi ia tetap nama kita dan seharusnya kita bangga dengan nama itu... kerana ia mencerminkan siapa kita!

bagi diri Mas sendiri, Mas bangga dengan nama yang diberikan oleh arwah abah... walaupun nama Mas tidak mempunyai maksud tetapi Mas tak kisah! janji nama itu baik dan sedap untuk dipanggil... walaupun kawan2 pernah ejek nama Mas tetapi tak pernahlah Mas rasa malu dan nak tukar ke nama lain pulak... yang penting nama Mas punyai keunikannya yang tersendiri!

cuma Mas nak kongsi sikit disini... hari ini Mas jumpa seseorang yang mempunyai nama yang sangat unik! macam tak percaya pulak bila Mas tengok name tag yang dia pakai... Mas suka dengan nama dia, memang lain dari lain dan sangat unik... nama dia NASIONALISME! nampak sangat patriotik kan? mesti dia sangat bangga mempunyai nama yang begitu unik!

18 ulasan:

  1. wah nama dia nasionalisme..sedapnyer nama, sure bangga!

    BalasPadam
  2. tak pernah lagi jumpa nama tu..hurmm No teka mesti panggi NA atau LIS hehe

    sekatat Nor Malaysia tu sll..tp walau apa pun nama kita kena bangga sebab itu NAMA KITA...

    BalasPadam
  3. Memang patriotik nama dia. Kita sepatutnya berbangga dengan nama yang diberi oleh ibu bapa kita. Lain ler kalau nama tu membawa maksud yang buruk.

    BalasPadam
  4. @iduraz
    bestkan nama dia!
    Mas pun bangga...

    BalasPadam
  5. @Norhafiza
    dia lelaki tau!
    ntahlah mungkin kawan2 dia panggil ME kot?

    BalasPadam
  6. @Syue Mustafa
    tulah...bangga pulak tengok nama dia!

    BalasPadam
  7. @ayie
    bagus3..nama kita mestilah bangga kan?

    BalasPadam
  8. @PinKy MoMMa
    tulah...mesti lahir pada 31 Ogos ni!

    BalasPadam
  9. @Sal Saari
    tak taulah nak panggil apa?
    dia lelaki tau!

    BalasPadam
  10. Betul tu Kak Mas, kene bangga dengan name sendiri.

    BalasPadam
  11. adehhhh...tergamak ke nak letak nama gitu aihhh..nanti kat padang masyar camne nak manggie nama anak tu

    BalasPadam
  12. @risa
    huhuhuhu...itu Mas no komenlah!
    itu antara dia dengan Yang Maha Kuasa

    BalasPadam
  13. wah,.. sangat patriotik,... ada kebanggaan d situ

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com