terkini dan sensasi

Khamis, 19 Mei 2011

Nur Kasih The Movie vs Pirates Of The Caribbean

Assalamualaikum...(^ ^)

pastinya semua sudah tahu pada hari ini dua buah filem yang diminati ramai akan masuk panggung.. pasti sudah ramai yang menanti kemunculan filem² ini! bagi peminat drama Nur Kasih, sudah pasti tidak sabar ingin menonton Nur Kasih The Movie.. dan bagi peminat filem Pirates of the Caribbean sejak dari episod pertama lagi tentunya menantikan kemunculan episod ke 4 ini!

begitu juga dengan Mas, kedua² filem ini memang dinantikan.. tidak sabar rasanya mahu menonton keagungan cinta Nur dan Adam dalam Nur Kasih The Movie.. dan sangat teruja untuk menyaksikan lakonan Johnny Deep dalam Pirates of the Caribbean! bagi filem Pirates ni memang takde masalah untuk menonton kerana Mas memang dan beli tiket pada minggu lepas.. tak sabar nak tunggu hari Sabtu ni jam 3.30 petang!



yang jadi masalahnya filem Nur Kasih ni.. dah puas pujuk husband ajak tengok, tapi tetap tidak berjaya! alasannya, tak boleh tengok cerita cintan cintun camtu.. memang susah nak ajak dia tengok cerita macam ni, ingat lagi masa ajak dia tengok filem Cinta, macam nilah jugak.. pujuklah banyak kali pun tetap tak mahu! nampaknya kenalah tengok dengan anak² je... ke ada kawan² yang sudi nak tengok filem Nur Kasih ni dengan Mas, jom!

16 ulasan:

  1. sure tiket sold out cepatnye kak mas....hihi...kena gi awal-awal tu...

    BalasPadam
  2. nak tengok dua2....tapi sayer sgt sibuk buat psediaan utk g induksi mggu depan...maka, terpaksa soh diri ini bersabar until 27 of may....aishhhhhhhhhhhhh~

    BalasPadam
  3. yes dua2 pun best...
    memang xsabar nk g tgk..

    BalasPadam
  4. hurm...nak ajak husband dating tgk pirates gak la!hehehe..dh lame x keluar berdua nie :)

    BalasPadam
  5. @^^nu[dd]yra^^
    takpe, induksi lagi penting!
    tengok lambat pun takpe, janji tengok kan?

    BalasPadam
  6. @Dim Benihana
    yaaaa..betul tu!
    Mas pun tak sabar..

    BalasPadam
  7. @♥Mrs.Eady♥
    elok gak tu!
    tapi kalau tengok Nur Kasih lagi bagus, romantik sikit dating dua2..

    BalasPadam
  8. kak mas bestnye..have fun ya!
    dah lama tak tgk wayang huhuhu..

    BalasPadam
  9. @PinKy MoMMa
    hehehee..ok!
    pergilah tengok cerita Nur Kasih, hari kan anniversary pinky...kasi romantik sikit!

    BalasPadam
  10. sy nak kuar nengok sabtu nie! nak nengok dua2 movie tu! :)

    BalasPadam
  11. jum jum tgk nur kasih sama2 kt alamanda =P

    BalasPadam
  12. xsabar nak tengok 2-2 cerita neh...hehe...

    jom2 semua...

    BalasPadam
  13. @YanaMIB
    jom...
    lagipun akak takde geng nak tengok!

    BalasPadam
  14. @HonEyBuNNy
    memang tak sabar!
    jomlah ramai2..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com