terkini dan sensasi

Jumaat, 20 Mei 2011

perasaan... memang sukar diduga

Assalamualaikum...(^ ^)

sikap jiwa yang selalu ingin berbuat baik dan menghargai orang lain dengan penuh kasih sayang adalah satu perasaan yang lemah lembut dan halus sifatnya... setiap orang pasti ingin memiliki sikap sebegitu, sentiasa memahami dan menjaga perasaan orang lain! sedikit tidak pernah terniat untuk melukakannya... tetapi kadang kala terlalu sukar untuk kita memahami perasaan orang... 


kita telah cuba segala yang terbaik untuk dirinya... sehabis mungkin kita berusaha agar tidak membuat perasaannya tersinggung tapi tetap terjadi juga! kenapa jadi begitu? adakah hatinya terlalu mudah tersentuh atau kita yang tidak tahu cara menjaga perasaannya... memang diakui perasaan itu sesuatu yang sukar untuk difahami... tetapi dari raut wajah kita boleh tahu apa yang tersembunyi di sebalik perasaan itu!

sukarnya menduga perasaan...
" awak, betul ke awak tak marah saya dah?" tanya seorang kekasih kepada kekasihnya...

" hurmmmmm... tak marah dah!" jawap si kekasih endah tak endah...

jadi bila begini, sukar kan untuk kita memahami apa sebenar perasaan dia... dari jawapannya macam tak marah, tapi dari nada suara dan raut wajah menunjukkan yang dia masih marah! 

walau sesukar manapun memahami perasaan orang lain tapi perasaan itu sebahagian dari diri kita... menghargai perasaan orang lain sama seperti menghargai perasaan kita sendiri... biarpun ada kalanya perasaan orang lain sukar diduga! 

12 ulasan:

  1. kalau kekasih bg jawapan endah x endah macam tu, kene pandai ambil hati dia balik la :)

    Aku ceraikan Kau

    BalasPadam
  2. betul2.. lagi2 paling takut kalau orang tuh tacing2!! hehe..

    BalasPadam
  3. masalah kalau dok tacing2 ni.. hehehe.. ^_^

    BalasPadam
  4. tu la psal, susah nk jaga hati stiap orang yg kita knal.. huhu

    BalasPadam
  5. @Freaky
    hehehe...betul tu!
    cuma selami perasaan dia..

    BalasPadam
  6. @Black_roses92
    tulah...sensitif sangat pun susah jugak kan?

    BalasPadam
  7. @Mira Zali
    tulah...susahlah nak faham perasaan orang macam ni!

    BalasPadam
  8. @trigyy
    mmg susah...
    lemah akak dibuatnya!

    BalasPadam
  9. memang susah kak mas nak faham perangai org..tgk mcm dah ok tapi tak ok lagi rupanye adeh..

    dah lama kenal pun x menjamin kita dah faham dia 100% hukhukhuk..

    BalasPadam
  10. @PinKy MoMMa
    betul tu...kadang2 semakin kita rapat semakin susah kita nak fahami dia!

    BalasPadam
  11. wahai hati,.. susah nak d mengeti, terutama perempuan kan, kan, kan,..

    BalasPadam
  12. @**YaNa YassiN**
    tak jugak...
    bagi akak susah nak fahami perasaan lelaki dari perempuan!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com