Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 27 Mei 2011

peristiwa dicekup pihak JAIS

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat tengahari kawan2 semua...

janganlah terkejut pulak tengok tajuk entri ni... bukannya nak cerita peristiwa Mas dicekup JAIS tapi nak cerita pengalaman Mas melihat orang dicekup pihak JAIS! Mas mendapat idea untuk menulis entri ini bila menonton rancangan Imam Muda! kali ini mereka menyertai pihak JAIS menjalankan operasi menangkap mereka yang berkhalwat sama ada di taman, dalam kereta ataupun di hotel2 murah... bila menonton rancangan ini Mas terkenang kembali peristiwa yang berlaku pada tahun 2002...

ketika itu Mas baru lagi mendirikan rumahtangga, lebih kurang dalam sebulan lebih... waktu itu Mas dan husband keluar makan di sekitar Shah Alam... selesai makan kami pergi lepak sekejap kat Taman Tasik Shah Alam! kami hanya duduk di dalam kereta sambil berbual2... tiba2 kami dengar orang menjerit "kejar-kejar"! rupa2nya pihak JAIS sedang buat serbuan untuk mencekup orang yang berdua2an di taman tersebut! kami terus keluar dari kereta untuk lihat apa yang berlaku... waktu tu kami tak takut sebab kami dah sah sebagai suami isteri!

pada ketika itu Mas lihat ada seorang wanita yang duduk di atas bangku sambil menangis dan ada seorang pegawai JAIS sedang bercakap sesuatu kepadanya... apa yang kami dengar, rupanya boyfriend wanita tersebut telah melarikan diri dan meninggalkan dia keseorangan disitu ketika pihak JAIS datang membuat serbuan... tetapi pihak JAIS berjaya juga menangkap lelaki tersebut! antara perbualan yang kami dengar...

Pegawai JAIS : lelaki macam ni ke awak nak jadikan suami? masa dia nak berseronok dengan awak, 24 jam dia berkepit dengan awak... tapi bila saat macam ni dia lari tinggalkan awak! nampak sangat dia tidak mahu sama2 susah dengan awak... saya rasa dia tidak sesuai jadi calon suami awak! (lebih kurang macam nilah nasihat pegawai tersebut kepada wanita itu)

begitulah kisahnya... renung2kanlah dan selamat beramal!

4 ulasan:

  1. cinta berlandaskan nafsu semata..
    huh..hope dijauhkan dr laki2 cmtu..aminn

    BalasPadam
  2. Itulah lumrah masa bercinta..
    Jangan sampai tergadai body sudah, lepas tu nagis dah tak berguna..



    Tolong Vote "Ada hadiah buat korang…"

    BalasPadam
  3. @NaNaKyu
    betul tu...macam tulah kalau nafsu dah menguasai diri!

    BalasPadam
  4. @Myra Jay
    kalau nafsu dah beraja di hati semuanya boleh tergadai!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com