Selamat pagi rakan2 blogger... hari ini Mas dah kembali masuk ke pejabat setelah 3 hari berkursus! perasaan malas menguasai diri... rasa nak sambung cuti je hari ini dan esok!
kita sering dengar orang berkata masyarakat Malaysia ini adalah masyarakat yang prihatin... pantang ada musibah di sana-sini pasti rakyat Malaysia akan membantu! tapi sejauh manakah keprihatinan itu? adakah kita hanya prihatian kepada isu2 yang besar sahaja? sedarkah kita bahawa kita jarang menunjukkan sikap prihatin itu kepada perkara yang remeh temeh seperti ini...
- semasa memandu, kita ternampak bonet belakang kereta di hadapan kita tidak ditutup dengan rapat... adakah kita akan cuba beritahu pemandu kereta tersebut? mungkin kita memandang perkara ini sesuatu yang remeh tetapi ianya boleh membahayakan pemandu kereta tersebut... sekiranya dia memandu laju, bonet tersebut boleh terangkat dan ini akan mengundang kemalangan!
- sedang berjalan2 kita ternampak kotak air mineral di hadapan kita dan tong sampah di sebelah kita... adakah kita akan kutip kotak tersebut dan buang ke dalam tong sampah? berapa orang je prihatin dan buat perkara sebegini? rasa Mas mesti ramai yang buat tak tahu je, ataupun disepaknya kotak tu macam bola!
- sedang asyik berjalan berpimpin tangan dengan pakwe/makwe terpandang seorang buta ingin melintas jalan... adakah anda akan pimpin orang buta itu atau terus je pimpin tangan pakwe/makwe anda melintas? mungkin masa itu kita beranggapan orang lain akan bantu orang buta itu, jadi kita buat tak tahu jelah!
- semasa sedang duduk di dalam LRT kita ternampak seorang wanita yang sarat mengandung naik ke dalam LRT dan tempat duduk semua penuh... adakah kita akan bangun dan berikan tempat duduk kepada dia? tentu kita tetap berfikiran akan ada orang lain yang lebih prihatin! Mas pernah mengalami situasi sebegini semasa mengandung, memang susah nak jumpa orang yang betul2 prihatin di dalam LRT...
sama ada kita pernah atau tidak berhadapan dengan perkara sebegini tetapi Mas harap kawan2 semua di dalam golongan orang yang prihatin! walaupun perkara itu nampak remeh di mata kita tapi sikap prihatin itu akan membuat orang lebih respek dan hormat kepada kita...
sikap prihatin tu perlu..tp klu ada eksiden xpayah la rajin sgt nk tengok..prihatin mcm tu mengundang jem yg dahsatttt..=)
BalasPadamDari pemerhatian akak, orang2 zaman sekarang ni, makin kurang kesedaran siviknya...ingat lagi dulu2..kalau jumpa sampah, mesti masukkan dalam tong sampah, dan paling tidak pun, kalau naik bas, kalau ada orang tua or orang mengandung naik, mesti pelawa tempat duduk dekat dia..tapi sekarang ni...kalau naik bas, ada makcik tua or orang mengandung berdiri, cepat2 diaorang pejam mata..konon2 tertidur le tu..aishhh...
BalasPadamMC je.. heHe
BalasPadam@YanaMIB
BalasPadambetul tu...biarlah prihatin bertempat seperti yang dinyatakan!
@Mylady
BalasPadambetul tu kak, diaorang kadang2 prihatin pada perkara yg tak patut..
@ejulz
BalasPadamMC? tak naklah sbb bulan ni dah ada MC... hehehehe
saya ada lah org yg sangat perihatin sampai org kata minah keypoh pon ia jugak hikss
BalasPadam@risa
BalasPadambagus tu kak...
at least kita alert dgn keadaan semasa dan persekitaran kita!
betul kak mas.. kekadang benda yang simple camni kita tak care pon.. payah!
BalasPadam@cik Ida
BalasPadammemang payah!
akak pun kadang2 ter tak prihatin jugak...huhuhuhu