Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 6 Mei 2011

Tamat sudah kursus, terpilih sebagai peserta paling kreatif!

Assalamualaikum...(^ ^)

Berakhirlah sudah kursus Kreativiti di Tempat Kerja yang Mas hadiri selama 4 hari di Intan Jalan Elmu, banyak ilmu dan info yang Mas perolehi sepanjang kursus tersebut. Sebenarnya banyak cara dan teknik untuk kita menjana idea² kreatif. Setiap seorang daripada kita mempunyai daya pemikiran kreatif masing² cuma bagaimana cara kita nak aplikasikan idea tu bergantung pada diri kita sendiri.

Apa yang Mas belajar dari kursus ini ialah cabaran dan kegagalan yang kita terima jugak membolehkan kita menjadi seorang yang kreatif. Jadi cabang² untuk kita mencipta idea yang kreatif itu amat luas dan boleh diaplikasikan di tempat kerja atau di dalam kehidupan seharian kita. Memang seronoklah kursus ni!

Yang paling seronok apabila Mas dipilih sebagai peserta paling kreatif di antara 41 orang peserta, memang tidak disangka sama sekali. Selama ni Mas tak pernah rasa pun yang Mas seorang yang kreatif, tapi bila diberi penghargaan sebegini barulah Mas sedar rupanya Mas mempunyai kreativiti Mas yang tersendiri!


4 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com