Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 16 Mei 2011

terima kasih CIKGU

Assalamualaikum...(^ ^)

teringat masa Mas lepas habis SPM, mak dan abah terus suruh apply maktab.. suruh jadi cikgu! bagus kata mereka kalau masuk maktab, habis je belajar terus jadi cikgu.. tak payah nak fikir nak cari kerja sana-sini! penatlah mak abah memujuk Mas, tapi nak buat camne anakmu ini tidak berminat dengan profession perguruan! rasa bersalah jugak dengan mak abah sebab semua anak mereka tak berminat menjadi seorang cikgu..

tapi mungkin dah ditakdirkan Mas untuk jadi seorang cikgu walaupun hanya 2 bulan! pengalaman menjadi guru ganti kepada cikgu cuti bersalin adalah satu pengalaman yang Mas ingat sampai sekarang.. rasa bangga dan bertuah sangat dapat menyampaikan ilmu dan mendidik murid² Mas! patutlah mak abah bersungguh² suruh Mas jadi cikgu.. 


jadi sempena Hari Guru pada hari ini Mas nak ucapkan terima kasih kepada semua cikgu yang pernah mengajar dan mendidik Mas sehingga berjaya sekarang.. kepada kawan² blogger yang merupakan seorang guru dan bakal menjadi guru, Mas ucapkan tahniah kerana berjaya menjadi seorang pendidik! petikan sajak Guru Oh Guru ini khas untuk anda!

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

USMAN AWANG (1979)

4 ulasan:

  1. selamat hari guru jugak untuk Mas..hehe..

    BalasPadam
  2. @syAfA
    thanks...
    tapi Mas bukan cikgu pun, dulu2 pernah lah jadi cikgu sekejap!

    BalasPadam
  3. walaupun skejap kak mas..tetap dh bergelar pendidik hehe ;)

    eppy teacher's day utk smua bloggers yg bergelar cikgu!

    BalasPadam
  4. @♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥
    tulah...satu pengalaman yang sangat bermakna!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com